Pages

Monday, May 28, 2012

abang, juli, dan gadis yang suci.

abang, mahukah abang dengar sesuatu?

dalam tren tadi, juli ternampak dua perempuan duduk-duduk. perempuan yang pertama berseluar panjang, berbaju labuh paras lutut, bertudung terlabuhkan menutup dada. perempuan yang keduanya, berbaju kurung berlatarkan bunga ungu yang pucat. yang seorang mahu ke wangsa walk. yang keduanya, mahu ke kampung baru. 

abang, tadi dalam tren juli terdengar dua perempuan yang tadi borak-borak. yang satunya, juli tak tersempat menangkap namanya. yang satu lagi, juli terperasankan hanya bila dia ditanya namanya. juli dengar betul-betul. katanya, namanya anis. dia senyum bila ditanya nama panjangnya. dan juli dengar lagi, jawabnya "anis sofwanah". dia senyum meleret lagi bila yang di sebelahnya memuji, "nama yang baik". dan juli terlihatkan, senyumnya lebih panjang, bila dikatakan padanya; "gadis yang suci". 

abang, juli pun senyum. cuma, apakan daya juli ini hanya juli. kenapalah ibu juli tak meletakkan nama juli seindah "anis sofwanah"?

tapi, alangkah!

alangkah kalau abang sudi memanggil juli dengan "anis sofwanah", juga. boleh kan, abang?  juli tak berapa senanglah, bila abang asyik gelarkan juli dengan nama-nama indah, tapi tak kena dengan selera juli. jenny, katty, edrine, oh!

eh, abang janganlah sedih. juli hargai nama-nama indah itu. cuma, kalaulah anis sofwanah, untung-untunglah juli juga sesuci gadis itu; ayu, lembut, dan sejuk mata memandang! 

abang, bilakah akan kita berhijrah? juli mahu seperti anis sofwanah, terlindung bahkan terjaga. juli malu di sini. juli pernah terbaca, tak teringat di mana; sebaik-baik perempuan ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. 

iyalah, mungkinlah pada abang juli bukanlah perempuan yang sempurna sifat keperempuanan, tapi sebolehnya juli punya azam mahu seperti anis sofwanah. tolong ya, abang adukan pada pihak yang bertanggungjawab? tolong ya, miliki ghirah (cemburu) yang tinggi demi isteri abang yang cantik dan mahu lebih beriman ini. 

abang, juli malu di sini. 

juli malu dengan tagline pada dinding tren ini;
"rain or shine, come and get your hot spicy chicken!"

demikianlah pada suaminya, diluahkan isi hatinya.

juli;
seketul ayam KFC yang hot dan spicy.

pheww.




_____
"termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mau memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama dengan laki-laki lain daam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya" (hr ad-dailami)

-hadis ini dipetik dari buku "bagaimana menyentuh hati; abbas as-siisiy", hlmn. 37

5 comments:

anis said...

T.T

saya pun nak jadi Qurratu 'ayn macam Anis Soffwanah tu.

"...juga sesuci gadis itu; ayu, lembut, dan sejuk mata memandang!"

Indahnya!

nusrah said...

hikhik.. dalam maksudnya umy.
I think I get your other point selain drpd point hadith kat bawah tu :)

Umairah. said...

anis:
insyaAllah, kita b'usaha b'sama. :)

nusrah:
eh, ye ke? hehe.

“description begins in the writer’s imagination, but should finish in the reader’s.”
- stephen king

heh XD

Anonymous said...

sweetntya nama anis sofwanah!

hehe.

dlm islam, penting beri nama yg baik2 pd ank2. kn?

penting juga memanggilnya dgn pggilan yg mempunyai maksud yg baik.

mg jadi doa..seindah nama.

:)

Umairah. said...

huda:
akak betul jumpe dia kat stesen lrt. b'kenalan kat bus stop law, odw ke kenduri kawen, heh.

student uia la, huda.

alangkah, alangkah kalau dia bace post nie, heheh XD