Pages

Sunday, April 1, 2012

satu ayat satu cerita.

satu malam di malam-malam yang indah 

ummi tengah belek phone. dan saya sedang menonton tivi. tiba-tiba ummi panggil, sambil di tangan, menayangkan satu gambar yang tertera di skrin nokia. 

“sedih kan?” 

saya angguk. itu gambar tokwan beberapa tahun dulu. gambar terakhir, sebelum dia mengatup mata buat selama-lamanya. matanya tampak cengkung, badan sangat kurus. lagi pula, tokwan memang waktu itu sedang terlantar atas katil; tubuh badan sihat sepenuhnya tapi lumpuh hampir satu badan. tujuh tahun; dalam keadaan lumpuh, dan bisu tak boleh bercakap, itu ujian. tapi, saya belajar dari tokwan nilai sabar. sabar yang sungguh-sungguh! entahlah, tapi pada apa yang terlihat di mata, pahala sabar itu dia peroleh. 

dan gambar terakhir itu, pakteh sempat rakam, beberapa jam sebelum dia meninggal dunia. perancangan Allah, dan kita tak pernah sedar atau tahu, bahawa sebenarnya itu momen terakhir bersama dia. 

bila ummi cakap ‘sedih’ saya terteringat satu ayat yang pernah saya baca di minggu-minggu yang lalu. 

“ummi tau dak, nanti kat akhirat kita akan berkumpul balik dengan ahli keluarga kita? tapi hanya keluarga yang beriman.” 

“oh ya?” 

kali ini, saya angguk lagi. 

“tapi, akak tak ingat ayat berapa. nanti akak cek balik.” 

dan ayat itu ayat ini; dari surah at-thur ayat ke 21: 

“dan orang-orang yang beriman, dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun pahala amal mereka. tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” 

waktu baca ayat ini, bergetar hati. subhanallah! 

dan ummi jangan sedih. moga satu saat nanti kita akan bertemu tokwan, dan saling bertanya khabar dengan penuh ramah dan cukup mesra. 

di sana; di Syurga! 

amin.

--

satu malam di malam-malam yang indah (ii)

sebut tentang ayat-ayat al-quran, menjadi kebiasaan juga dalam keadaan bertekelung belum tercabut; saya tadabbur sedikit ayat yang dibaca. kalau tak semua pun, langkau-langkau. ini terjadi bila kurang rajin. =_='

ataupun ada masanya, sewaktu tilawah, bila ada perkataan yang tiba-tiba menarik hati, saya akan tengok dan baca terjemahan panjangnya. 

dan disebabkan anis ada hobi yang sama, selalu juga bertukar-tukar ayat dengan dia. dan sambil highlight bersama-sama juga! terkadang, bincang tentang ayat al-quran saja, berjela-jela. belum masuk lagi, bila dikaitkan dengan kisah hidup. bila sampai masanya sedih-sedih, akan saling mengingatkan balik. hmm, seronok! 

pernah sekali, waktu sedang asyik berkongsi; dia di meja studi dan saya atas katil, kata dia: 

“anis selalu mintak kat Allah, dikurniakan suami macam kawan-kawan anis! ada fikrah yang sama. bila berkongsi, ada yang bersambut-sambut, macam ni. sesuatu yang tak pelik bila bersembang tentang Islam. tapi, rutin yang biasa. benda yang rileks.” 

saya tergelak.

ah-ha! tapi, kita berkongsi doa yang sama. 

jujur, bila bercakap tentang Islam, dari sudut teori mahupun praktikal, jiwa akan selalu rasa penuh. mungkin sebab itu, bilik tak pernah jadi tempat yang membosankan malah diisi dan terisi, tak pernah jemu! 

alhamdulillah, Allah kurniakan teman yang baik. anugerah terindah, sepanjang hidup! 

hmm. 

terima kasih kerana menjadi anda-anda dalam hidup saya!

"sabarlah menanti 
usahlah ragu 
kekasih 'kan datang 
sesuai dengan iman di hati" 

-menunggu di sayup rindu, d maidany

hahah 
xP


_____
“bila nak sampai uia ni? bosan la makan sorang-sorang, tidur sorang-sorang, sembang sorang-sorang. haih”
cc: lah.dalily.anis :)

5 comments:

nadia rusli said...

rindu sama ayah :')

-hazen said...

Haha. Kisah yg atas dan yg bawah. Berputar 180 darjah.

Umairah. said...

fatin:
i'Allah, doa anak solehah akan sampai selalu, tanpa hijab buat ayah fatin. terus jd solehah, fatin syg! :)

hazen:
erk?

oh ya, kalau b'peluang bc solusi di jordan, cuba try baca kolum azzam supardi; monolog lelaki. lagilah berputar 360 darjah, tp best.

mungkin sebab beliau pernah b'sama sindiket soljah, jd karya beliau ada aura lain sikit. nice.

nusrah said...

haha.
rentetan dari siri (ii), tahukah anda saya juga berdoakan perkara yg sama. XD

Indah sungguh bila dapat berkongsi tentang islam dgn teman-teman.

Umairah. said...

nusrah:
alhamdulillah!
umy aminkan doa2 tya, insyaAllah
:')