Pages

Friday, April 6, 2012

Pudar.

cinta, harus terpikul pada yang tetap
terpundak pada yang asli; dari Tuhan
kitalah, yang sesungguhnya!

bukankah kau sedia tahu
tenggelamnya bintang
terbenamnya bulan
dihikayatkan penuh 
jadi saksi pemudaran cinta?

belum percayakah kau
setelah kita khatam ini semua, 
dan mengulang alif hingga ya,
cerita nabi kita, 
ibrahim kekasih mulia?

jangan-jangan kita saja 
belum khatam, kawan?
atau kau yakin, khatimah kita
di kitab cinta yang benar?


______
cintailah apa-apa saja bukan kerana hal-hal yang relatif (berubah-ubah), dan cintailah apa saja yang membawamu pada hal-hal yang tsabit (kukuh), abadi (kekal); Syurga! supaya tak berlaku hal yang di namakan 'pemudaran cinta'. oh, inilah penemuan cinta yang ikhlas lagi benar, sebagaimana benar dan ikhlasnya Ibrahim menemukan Tuhannya! Allah, aku mahu cinta itu! 

(memberitahu diri sendiri)

3 comments:

Ila Husna said...

Umy,

saya ada satu cadagan. :) umy boleh bukukan watak cerita yang umy 'solehkan' penceritaan itu. Belum ada orang buat rasanya.

:)

Cadangan saya. :)

Umairah. said...

oh, yang tu
hehe :')

insyaAllah, umy cuba-cuba tulis dan kumpulkan dulu okey.

syukran, jamilah :D
doakan!

ahmad farhi said...

padu !