Pages

Monday, April 16, 2012

jerit vs bisik.

membesar dalam keluarga yang selalu 'berbisik', akan buat kita terdidik dalam keadaan 'bisikan' juga. tiada jeritan, mahu pekikan atau kelantangan suara-suara. ummi, suaranya kuat, sebab dia cikgu. tambah-tambah cikgu sekolah rendah yang para pelajarnya tak pernah duduk diam. walid, walaupun dia juga cikgu, lakunya memang pendiam. 

saya terbiasa dalam keadaan ini, saban hampir 22 tahun. walid dan ummi jarang sekali guna bahasa-bahasa yang kuat, untuk menegur atau menasihati. biasanya, lebih kepada teguran melalui tingkah laku. kalau ummi marah, dia lebih gemar berdiam diri, dan saya serta adik-adik akan terperasan sendiri perubahannya. 

tapi, sem-sem kebelakangan ini Allah hadiahkan saya orang-orang yang telah terdidik dengan suasana jeritan. bilamana hati telah lama terdidik dengan bisikan, maka kelantangan sering buat saya terkejut, dan agak kekok. keterbukaan dalam teguran, ketegasan dalam nasihat, membuatkan hati sangat mudah tersentuh, dan saya secara jujurnya, akan sangat mudah menangis. namun, saya terperasan, yang tangisan ini makin lama makin kurang, dan hati jadi makin tabah. saya boleh senyum, dan pura-pura biasa walaupun hati sebenarnya, tidak! 

syukur; tarbiyah telah sesungguhnya mengajar, walau sejauh mana manusia menyakiti hati-hati kita, adalah lebih baik bagi kita untuk bercampur baur, berbanding hidup dalam keadaan sendiri-sendiri. 

"seorang mukmin yang bergaul dengan banyak orang dan sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan, itu lebih baik daripada orang yang tidak pernah bergaul dengan orang banyak dan tidak sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan." -hr ahmad

inilah hakikatnya menjadi penguat jiwa hari demi hari. dan bukankah Allah mahu kita menjadi lebih baik, dan fleksibel apabila berurusan dengan sesiapa jua? malahan, murabbi akan berdepan dengan seribu satu fe'el mutarabbi-nya. kita akan jadi ibu, yang belum tentu sikap dan perilaku anak seperti apa. malah, kita akan berdepan dengan ribuan umat yang lahir dari pelbagai latar belakang. ini menuntut sabar dan tabah yang maha besar!

"dan Allah berbuat demikian untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu." -ali-'imran: 154

Allah mahu membersihkan hati-hati kita, supaya lebih ikhlas dalam memberi yang kita ada, dan menerima kehadiran sesiapa jua dalam hidup kita; walau semacam apa pun dia. Allah mahu menggandakan pahala, dan menghadiahkan kita Syurga melalui tangan-tangan mereka ini. Allah mahu selalu bersama kita, dari doa-doa  yang kita tadahkan, berserta tangisan-tangisan yang kita lapkan dari jari-jari kita yang terluka tadi. Allah mahu meneguhkan kita, menguatkan kita, mendidik, mengajar kita lagi dan lagi hingga pengharapan kita sepenuh-penuhNya hanya pada Dia; betul-betul kukuh, tak bergoyang. bukankah kitu hidup untuk -Dia, kerana -Dia, demi -Dia?

tulisan ini saya rasakan, agak privasi dan peribadi untuk dikongsi.
tapi, bila difikir-fikir, mungkin ada segolongan dalam kalangan pembaca, ada traits yang sama. 

memetik kata andrew wyeth,

"i get letters from people about my work. the thing that pleases me most is that my work touches their feelings. in fact, they don't talk about the paintings. they end up telling me the story of their life or how their father died." - andrew wyeth

mudah-mudahan kita saling menguatkan,
wahai pemilik traits yang sama!

optimislah!
peace :')

5 comments:

sya-hi-da said...

tetiba rase macam akaklah orang yang suka menjerit tu, sekarang.heh

sebab kalau tak jerit, 'mereka' takkan diam. dan sebab mungkin dah terbiasa saban hari, di luar pun TERcakap ibarat menjerit. mungkin.

err.

anis said...

Hebatnya tarbiyyah Allah.

Senyap atau jerit, masuk semuanya!

Umairah. said...

kak syida:
:')

akak ada jerit ke?
tak penah dengar pun

btw, Allah dah tarbiyah akak dulu, sebelum akak jadi seorang ibu.

subhanallah
itu sungguh sweet, bukan?
dan momen terindah, bukan?

GTS :D

anis:
itu bukan lg pilihan, tp satu keperluan :')

mg kita dpt terus belajar utk jd org yg fleksibel, insyaAllah.

amin3 :)

Ila Husna said...

optimis.
Peace. :)



*alhamdulillah, umairahshafei kembali menulis. :)

-baru sempat jengah blog hari ini.

Umairah. said...

jamilah:

:')
uzlah cari makna diri, ecewah
mg jamilah juga!