Pages

Monday, April 23, 2012

Fikir.

#kelas rcp

ustaz suruh ajar otak khayal jauh-jauh
khayal aku boleh baca teks Arab tanpa baris 
persis pembaca berita Al-Jazeera!

kata ustaz, bab-bab khayal, otak kita mampu
sejauh berangan berenang di matahari pun!
(lekeh sangat kalau kita khayal
kahwin dengan anak raja, ha ha)

dan otak kita bertindak sesuai khayalan -khayalan, 
ini sungguh, bukan main-main

#kelas akidah

ustaz ajak otak 
fikir, fikir, fikir
fikir, fikir, fikir
bebaskan, lepaskan belenggu
dan katakan saja apa yang
otak kau sedang fikir

hari ini belajar qadar Allah
aku rasa macam kelas falsafah,
serius, masih pening-pening
dek langkauan fikir yang 
rasa-rasanya, telah jauh

#kelas united states

kata sir, kita-kita ini
diobjektifkan
otak bagus, tapi kurang fikir
apa kata sir
semua itu betul, dan diterima bulat-bulat
ah, salah sistem atau salah kita?

#sembang santai

"akak, ramai orang suka bila anis kongsikan ayat akak di blog. lain kali, akak tulis lagi. tapi, lagi baik kalau akak directkan tulisan-tulisan akak sebab kalau berbahasa tinggi sangat, orang tak baca. sebab sekarang ini, zaman orang kurang gemar berfikir"

"sebab itu juga, filem lebih digemari berbanding buku. sebab filem secara langsung, beri kita maklumat dan fakta. sedangkan buku, perlukan kita untuk membaca sambil berfikir!"

#sekarang

dan sekarang, saya tengah hadam dan FIKIR kata-kata mereka ini
huh? 

eh, malam ini talk "Takluklah Hatimu"
ustaz zaharuddin ada, jangan fikir lagi, heh
8 malam, experimental hall, uiam

3 comments:

apples and roses said...

alaa kita takpergi talk tu. kalau tak boleh jumpa akak. akak pergi celebrity talk tu esok? atau heroes nanti? :D

Alyaa Ali said...

#sembang santai

tulisan akak mmg memerlukan pemahaman yang sangat tinggi.
kadang2 berkerut dahi baca ;)
tapi itu lebih buat otak generate!
math dah xblaja kat uia ni.
maka otak pun dh berkarat.
oleh itu, skrg tulisan akak dijadikan minyak bagi melincirkan pergerakan otak. hikhik...
jazakillahu khairan kathira akak umairah!

Umairah. said...

apples and roses:
(err, sofea ke ye? maaf, akak still konfius =,=')

akak tak sure lg, dik.
in case ada hal lain yg lebih prioriti. :)

tp, boleh bg akak fon number x ye?
hehe, bleh akak text nnt. or, bg akak emel, nnt akak bg number.

mg Allah mempertemukan, insyaAllah! syukran adik, utk komen nie.

alyaa:
wauu, itu dah tinggi sgt tu, adikku alya. :) akak hargai, cuma tulisan akak sgt santai. boleh jd tak ada facts pun.

erm, cdgn akak utk alya, mgkn boleh baca tulisan2 ustaz hasrizal, ataupun ustaz2 lain yg lebih2 akan buat kita byk berfikir. :')

selamat mencuba!