Pages

Saturday, April 21, 2012

di dasar, kita dekat.



di jernih laut biru
nelayan hanya kenal pukat demi untung
jauh dari bebasnya anak laut, terjun ke dasar;
mendekat dua alam!

di Laut Kata, aku mahu menjadi
anak laut yang 'hidup' denganmu
menyelam dua dunia; kau dan aku
untung-untung, di dasar 
kita dekat

alangkah
alangkah kalau kita dekat


_____
"Allah, dekatkanlah aku - dia di dasar-Mu;
Al-Quran dan As-Sunnah!"

-bengkel keramat, april/12

7 comments:

Qautsar said...

moga moga,
di dasar,

kita dekat.

:')

ssk said...

must swim to the deep of sea to finding the meanings of this poem
Keep it on,sis :)

ssk said...

erk,*to find..grammar lintang pukang,sorry
practise make perfect

Umairah. said...

syafiqah:
insyaAllah, amin! :)

ssk:
tak perlu renang jauh2 dik.
hehe.

its okay, sbb grammar akak lg lintang pukang. huhuh =,='

Umairah. said...

btw kata2 kat dlm nie, akak nak gambarkan, kepentingan penulis utk menyelami hati, dan tenggelam sama2 dgn perasaan pembaca.

akak tak mahu jadi 'nelayan' yg sekadar mencari 'keuntungan'. atau lbh tepat, 'penulis' yg semata2 cr untung dgn penulisannya.

tapi, akak nak menyelam jiwa pembaca, supaya akak dan dia ada kedekatan hati. macam anak laut tadi yang bebas! bebas memilih untuk terjun dan lihat kehidupan di dasar laut.

:)

dan, bila dah sama2 di dasar, Al-Quran dan As-Sunnahlah dasar yg plg kukuh utk menyatukan, akak dan dia. akak dan awak. akak dan org lain.

sekian, itu sj adikku syg.

nusrah said...

deep inside.
aku masih belum mampu cecah tahap itu. ada orang bilang, mahu sentuh hati manusia dengan susunan aksara, hatinya kena dekat dengan Allah dahulu, hatinya kena rasa derita umat.. (jauh lagi nampaknya..!)
keep going umy..!

Umairah. said...

nusrah:

umy pun T.T

insyaAllah tya, kita sama2 b'usaha melakukannya!

:)