Pages

Tuesday, April 3, 2012

12:08 a.m

antara perkataan yang saya suka; 'sederhana', 'belajar', dan 'bersama'. dan oh, 'cinta' juga! eh, 'hujan' pun. dan banyak lagi. cukuplah perkataan-perkataan ini sebagai mukaddimah entri ini.

untuk beberapa minggu terkebelakang ini, saya realize saya masih tak mampu lagi nak buang satu tabiat yang, hmm.. sebenarnya tak baik. walaupun berulang kali membina azam yang sama, dan tak putus-putus mencuba lagi dan lagi, tapi masih gagal lagi. 

bila satu hari, saya ambil waktu berterus terang dengan seorang sahabat, kata dia;

“setiap 'kelemahan' yang kita sedang baiki, mungkin itulah 'tiket' yang Allah mahu bagi untuk ke Syurga. dan setiap orang, berbeza 'kelemahan'nya”.

bila fikir-fikir balik, betul juga. dan tak ada jalan lain lagi, melainkan muhasabah dan mujahadah tak henti-henti. memetik kata ustaz semalam:

"dosa kecil yang diulang-ulang saban hari pasti membesar dan membekas. begitu juga doa-doa kecil yang disering-seringkan, pasti mengesan dan membentuk!"

kita akan rasa semangat bila kita tahu, orang lain pun ada kelemahan dan sedang berjuang dengan kelemahannya. oh, rupanya bukan kita saja yang ada masalah ini. oh, rupanya kita tak bersendirian!

jadi, untuk orang-orang yang merasakan dia lemah tapi masih juga mahu berubah ke arah yang lebih baik, ketahuilah saya pun ada sisi lemah tersendiri. kita sama, dan moga dengan persamaan ini, kita dapat berjuang bersama!

"Allah, jadikan aku-dia manusia sederhana; hapuskan ego, akur kelemahan. dengan cinta, awalkan hijrah aku-dia untuk tak pernah jemu, belajar dan belajar demi pembaikan diri.  dan, lembutkan hati aku-dia sebagaimana hujan-Mu selalu membasah tanah gersang! tetapkan aku-dia, selalu bersama di jalan muhasabah dan mujahadah yang sama, menuju redhaMu. saksikanlah, saksikanlah aku-dia sedang berjuang dengan hati dan hawa nafsu sendiri!" 


amin
:)

3 comments:

nusrah said...

"dosa kecil yang diulang-ulang saban hari pasti membesar dan membekas. begitu juga doa-doa kecil yang disering-seringkan, pasti mengesan dan membentuk!"

Allah..menusuk!
super like.

Ila Husna said...

Assalamualaikum..

tumpang menconteng..

pada titik kelemahan itu sebenarnya letaknya kekuatan.

:)

Umairah. said...

nusrah:
alhamdulillah, tya.
:')

ila husna:
mg kita menemukan kekuatan kita, jamilah! :)