Pages

Wednesday, March 14, 2012

pintu hati.

a. erm, cantikla baju yang dia pakai nie. mesti mahal. hisy, kalaulah aku kaya (tak bersyukur@angan-angan palsu) 
b: eh? itu bukan tu ke? apa dia buat dengan brader tu kat situ? (sangka buruk) 
c: benda-benda remeh camtu pun nak cerita kat fb, hish tak malu ke? ('ujub/rasa diri bagus) 
d: oh, dia nie couple dengan orang nie rupanya, tengok sikit gambar dorang(sibukkan diri dengan hal sia-sia) 
e: hmm, dia minat orang lain rupanya. cantik pulak tu. huh, siapalah aku? (rendah diri, dan sedih dengan hal tak sepatutnya) 
f: haihh, nampak rapat dua-dua orang nie. mesti ada apa-apa nih. (sangka buruk, lebih buruk kalau diceritakan pada orang lain@mengumpat) 
g: baju kaler tu dengan beg kaler tu? hisy, tak reti match ke? ('ujub)

--
saya tak rasa, orang mudah terlepas dari 'godaan-godaan' atau 'hasutan-hasutan' seperti ini
malah jujur, akur diri sendiri tak pernah terlepas

meski tak dikhabarkan pada orang lain, bukankah bisikan hati itu hakikatnya turut mengganggu kejernihan hati? dan syaitan itu, ada saja teknik atau taktik halusnya

baik 'memandang' di alam nyata, mahupun di alam maya

mungkin sebab-sebab inilah, 'menundukkan pandangan' menjadi sebahagian dari perintah yang termaktub dalam Al-Quran, supaya hati kita lebih terdidik untuk tawaduk, syukur nikmat, menghormati orang lain, dan tidak menyibukkan diri dengan hal yang sia-sia, dan hikmah-hikmah yang lainnya

hmm, mujahadah sangat sukar, bukan?
tapi, sungguh! Allah menjanjikan kelazatan dan kemanisan iman bagi yang memenangkan!

dan aku selalu mengulang, mencita-citakan itu 
menjadi bahagian dari akhlakku
mahukah kau, mencita-citakan hal yang sama?

Allah, sabarkan kami dalam mujahadah kami.
ameen. 

12 comments:

ateyyyy said...

nice post ukhti :)

betapa susah untuk menjaga hati dari perkara perkara tu.

masih lemah ni, huu.

jamilah said...

alam maya itu juga sebenarnya satu kehidupan a.k.a sisi lain seseorang walaupun mungkin dia menjadi individu yang berbeza dalam dunia realiti dan alam maya. :)

Umairah. said...

ateyyy:

i'Allah, kita cuba perlahan2

mgkn dgn cara, kita tetapkan usbu' ruhiyy (minggu rohani) buat diri kita sendiri

dan dlm usbu' ruhiyy tu, menundukkan pandangan slh satu@akhlak@muwassofat@matlamat yg kita nak capai

kalau b'jaya, alhamdulillah
kalau belum, takpe. jgn putus asa, usaha sampai boleh. :')

dun worry, kita b'usaha b'sama, i'Allah

:)

jamilah:

yerp

dan disebabkan alam maya tue juga satu kehidupan, yg plg umy takut ialah, bila kita ZALIM dgn "tak meletakkannya selayaknya KEHIDUPAN harus diletakkan"

maksud umy, mengikut neraca Allah & pertimbangan syariat.

hmm, susah bukan?
T.T
:)

jamilah said...

Setuju.

p/s: umy, ajarkan saya menulis. tit. tit. :)

Anonymous said...

mahu! huhu

mlm td dlm bulatan gmbira kami ada bincang tntang tjuk tunduk pndangan jgk..

kalu perasan, bnyk dr ayat quran bila Allah gunakan 'muzakkar@ lelaki', ia akn merujuk kpd wanita jgk.

tp lain halnya dgn tunduk pndangan. Allah 'khitabkn khusus' utk lelaki n wanita..(annur: 30-31)
subhanallah!
ini menunjukkn pentingnya menjaga pandangan..
..mata blh pengaruhi hati..

mujahadah itu susah, tp xleh mengalah!
~huda~

Umairah. said...

jamilah:
pandai jamilah b'gurau
he he

ps: ajar umy puisi! :')

huda:
thanks huda, for sharing :)
yerp, akak setuju

i'Allah huda, sama2 b'usaha
t.ksh atas semangat2 huda

Allah yubarik 'eleik.

jamilah said...

ini betul-betul bukan gurauan.
Hm, minggu depan ada event di DBP. Nak join? Mantan penulis MPR berkongsi cerita mereka berkarya.

N Ahad ni ada borak buku di KL Central, dengan U-Wei Shaari...

N 31.3 ada baca maskara.. antara tetamu kak Aisyah Nur Hakim..

Saja, nak nyemak sini. :)

Bella said...

As'salamualaikum , akk umairah . Izinkan sy share ? JazaakALLAHu Khaira (':

Umairah. said...

jamilah:
thanks bbyk utk semua info, sgt2 m'hargai. tp, umy rs macam tak dpt pi, je?

err, dah homesick sgt nie
huhs =,='

bella:
w'salam adik bella
sila oh sila, dialu2kan :D

syukran, waiyyaki

jamilah said...

good. Balik rumah jumpa mak ayah dan adik-adik yang cun.. :)

Selamat bercuti dan berperang dengan kerja, assignment, dan semua aktiviti. :)

amirahsaryati said...

umy.. sangat terkesan dengan post ni :'(

hatilah tempat utama perlunya tarbiyah..
Doakan..

Umairah. said...

amirahsaryati:
slg m'doakan, i'Allah :)