Pages

Saturday, March 31, 2012

aku tak layak!

bila terasa tak mampu atau tak layak, ambillah kisah imam hasan al-basri sebagai motivasi

bila pertama kali disuruh menyampaikan khutbah tentang pembebasan hamba, beliau masih menangguhkan. kali kedua, masih tertangguh. kali ketiga juga masih begitu juga. di kali yang keempat, barulah akhirnya khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba disampaikan

bila ditanya, mengapa diambilnya masa yang begitu lama, maka dijawabnya, "bagaimana mungkin akan kusampaikan khutbah tentang pembebasan hamba, sedangkan aku baru membebaskan hambaku tiga hari yang lalu"

ada banyak hikmah dalam cerita ini, tapi ada satu yang paling saya suka!

bila terasa diri "tak mampu" atau "tak layak" melakukan sesuatu (sedangkan orang lain masih percaya pada kita dengan meletakkan tanggungjawab atau posisi tertentu), saya akan cuba paksa-paksa, dan ingat-ingatkan diri tentang ini

untuk menjadi yang lebih baik, kita harus sentiasa berusaha "memampukan" diri sendiri walau sejauh apapun prosesnya, atau selama manapun langkahnya. persis, sebagaimana yang imam hasan al-basri lakukan, tanpa beralasan "aku tak layak" atau "aku tak mampu", tapi  berterusan "mujahadah" dengan diri sendiri, hinggalah kita benar-benar mampu!

subhanallah

awak mampu, dan saya mampu
kita sama-sama mampu
usah bimbang kawan!



_____
motivasi sebelum mula kelas, hehe
selamat belajar :)

7 comments:

Ila Husna said...
This comment has been removed by the author.
Ila Husna said...

selamat kembali ke bumi uiam. :)

Syazwani Zakaria said...

nk copy quote tu.thanks. :)

nadia rusli said...

naqibah fatin ckp, akhirkan setiap kata-kata kita dgn kata positif, kalau tak mampu , katakan

"saya tak mampu,tp saya cuba!"

:) hehe. best post umy ni.keep writing habebti!

Umairah. said...

jamilah:
selamat juga
:)

syazwani:
dialu2kan
:)

fatin:
yep, betul

cuma umy realize, bila dkt dgn Allah, bila2 smgt tu, i'Allah akan ada

tp, kalau jauh sket, huhs pyh sekali nak bangkit

doakan selalu, fatin
tengsomac!
:)

Anonymous said...

akak selalu mampu! :)

dlm tarbiyah ni menggarap bnyk potensi2 yg sebenarnya kita mampu, tp mgkin kita blm cuba berbuat..

doakn sama..

da sampai uia pg ni, miss u :)

Umairah. said...

huda:
t.ksh byk huda

huda yg selalu support akak, dan selalu ada smgt dan senyum paling berharga :')

alhamdulillah
salam rindu juga!
xD