Pages

Tuesday, February 7, 2012

21:23


SEM BARU/ FEB 2012

# moga kita lebih dekat dengan Allah; dakwah & tarbiyah? al-Quran? puasa? qiyam? rawatib?  dhuha? ukhwah? masa dengan masjid? halaqah? talks @ majlis ilmu? sesibuk apa pun, moga kita masih utamakan hak Allah, dan dahulukan hal-hal pembaikan diri menuju Allah.

# moga kita bukan belajar untuk exam, tapi belajar demi menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik. kita dikatakan belajar, bila ada perubahan positif, kan? biarlah sekecil atau sesikit apa pun. yang penting, ada! paling baik, perubahan yang membawa kita hampir dengan Allah.

# moga kita lebih banyak baca buku-buku agama; tazkiyatunnafs, sirah, fikrah, fiqh, haraki serta buku-buku lain yang bermanfaat untuk pembaikan diri. dan bukan buku aliran @ bidang kita saja.

# moga kita lebih matang; bukan fikir tentang diri semata-mata. tapi optimumkan kemampuan, kemahiran, dan kebolehan diri untuk dimanfaatkan pada famili masa sekarang, famili akan datang, masyarakat, umat dan agama. kini dan akan datang. kita adalah khalifah terpilih, bukan? (al-baqarah:30) (al-imran:110)

# moga kita lebih berkemahiran; kepimpinan? pengurusan? komunikasi? sosial? penulisan? dan hidup kita diwarnai untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya. bak kata Rasulullah, sebaik-baik manusia, ialah yang paling banyak memberi manfaat. hmm?

# moga akal, emosi, dan jasad kita lebih seimbang! lebih bersedia hadapi dugaan, dan cabaran yang memang pasti, akan ada! makna kata, tak gelabah dan tak mudah jatuh atau putus asa bila diuji dan teruji. dan, kita akan selalu optimis dengan Allah!

kita: saya, dan awak.

"hai  orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-hasyr:18)



Allah, permudahkanlah untukku,
dan untuk dia!

amin. 
:)

7 comments:

شاح اندرني said...

Salam.. Saya suka baca entry ni..

Anonymous said...

Ya Allah, permudahanlah..
ikhlaskanlah..

ameen3 :)

nadia rusli said...

umy, this is awesome!!
semoga semester ini lebih baik untuk kita semua!! ameen2 ya Rabb.

Faaizz d. Zul said...

assalamualaikum

terimakasih utk semua peringatan dlm entri ni.

moga Allah permudahkan urusan. Ameen

*semangatsembaru*

Umairah. said...

to:
syah
huda
faaizz
fatin

ameen3 utk doa2 kalian.
slg m'doakan, i'Allah.
slmt bljr.

t.ksh
jazakumullahhukhayran

:))

nusrah said...

insyaAllah.. moga dimudahkan semuanya umy. ^^
ni semester akhir utk umy ke?

Umairah. said...

eh, tak
umy 3rd yr

freshie lagi. heh

tq bbyk, tya
jazakilahhukhayran

:]