Pages

Sunday, December 18, 2011

rintih Disember V: "kau sedang pandang aku, kan?"

istac/iium

tak pernah aku faham, mudah saja aku menangis hanya kerana langit. 

guru seperti selalu, bacakan aku sabda Nabi lagi. kali ini, tentang bahagian rahmat dan kasih Allah. kata guru, Allah ada 100 bahagian rahmat. satu dicampak ke bumi, dan 99 lagi, ada pada Dia. kata guru lagi, dengan satu itulah, haiwan sayangkan anak-anaknya, dan kita saling mencintai. 

dan dengan satu rahmat itu, pandangan ummi selalu buat hati aku sejuk. maka, aku mencongak-congak; dengan 99 rahmat, wajarlah bila aku mendongak langit, hati aku tambah sejuk, hingga air mata tak tertahan-tahan.

sejak itu, bila lihat langit, ujar aku tanpa banyak kata:

"Allah, kau sedang pandang aku kan? dengan kasih sayang, kan?"

.. dan aku, akan menangis lagi.

4 comments:

syafa mohamed said...

seronoknya kalau sehinggakan dgn hanya dgn memandang ke langit,hati mudah tersentuh untuk menangis;')

nadia rusli said...

umy.. :'(

Umairah. said...

to syafa:
tp, tak slalu dik. kalau hati kita tgh keras, hitam dan byk dosa, tak mudah jgk, kan? :')

to fatin: "Allah sedang memelukmu. dan Dia tak pernah pun jemu!" :')

Anonymous said...

T_T