Pages

Sunday, December 4, 2011

OOL #1 : “the deen should be reflected in the way he treated others.”

istac/iium; tempat ni subhanallah, sangat cantik oh!




Orchards Of Love #1

Abu Hurairah R.A mengkhabarkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

إذا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِيْنَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوْهُ، إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي اْلأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيْضٌ

“Apabila seseorang yang kalian redhai agama dan akhlaknya datang kepada kalian untuk meminang wanita kalian, maka hendaknya kalian menikahkan orang tersebut dengan wanita kalian. Bila kalian tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. At-Tirmidzi)


Sebelum ini, saya melintasi hadis ini, dengan perasaan yang biasa-biasa. Erm, tak menusuk ke hati. Tapi, selepas dengar huraian tentang hadis ini, buat saya terfikir-fikir. Kata Sheikh Reda Bedeir, (yang lebih kurang maksudnya macam ini), 

"Ramai lelaki punya ad-deen. Tetapi, sejauh manakah ad-deen itu terefleks@memberi kesan pada tingkah lakunya dengan orang lain?"

Sebab itu, dalam hadis ini, Rasulullah S.A.W. menekankan dua aspek. Yang pertama, agama. Yang kedua, akhlak. Sebabnya, dalam dunia ini, ada yang kelihatan beragama tapi belum tentu berakhlak. Allahu Allah.

Bila ke sini, banyak benda saya belajar. Terlalu! Dan, subhanallah, yang paling buat saya terkesan; tidakkah terlalu sempurna, komprehensif dan telitinya ISLAM

Ya Allah, tambahkan kami ilmu dan kefahaman. Jadikan kami sebaik-baik Muslim dan Muslimah, serta jadikanlah ISLAM semata-mata jalan dan cara hidup kami, menuju redhaMu. 

InsyaAllah, saya kongsikan yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya nanti. :')

--

Sebenarnya, saya agak tak tersangka, ramai juga brothers yang datang seminar semacam ini. Malah bilangan brothers-sisters macam seimbang. Tapi, dalam hati saya kagum dan bersyukur sebab sangat jarang melihat kepedulian dan keterbukaan lelaki dalam soal ini (baca: hati, emosi, perasaan, cinta, kasih sayang, kepedulian, sensitiviti dan lain-lain). Sekurang-kurangnya, ini buktinya, masih ada.


Dan judgement saya totally salah. Astaghfirullah. 

Saya percaya, masih ada Mu'tasim abad -21. Bukan di 'Amuriyyah, tapi di Malaysia! 
Insya-Allah.








______
terima kasih sponser! :')
siapa mu'tasim? baca kisah terlampau menariknya di sini  (nak ringkas-perenggan 4).

orchardsoflove/istaciium/041211

4 comments:

nadia rusli said...

umy istac ni kat mana ye?dgr kata cantik..:)

Umairah. said...

ftn, mmg sgt channntekk. :')

ala-ala spain-france punya design. (rasanya la, heh.) rasanya jugak, ftn akan konfem2 suka. xD

dkt dgn hentian duta.

nadia rusli said...

oh yeke..itu la lect ada share gmbr psal istac....:) suka nya...uia punye building yea?

Umairah. said...

ye fatin. :)
fatin patut sangat2 pegi~ xD