Pages

Saturday, December 31, 2011

Dayang, PGL, dan Hang Tuah.

 babak I:

puteri gunung ledang: dayang, bacakan aku firmanNya lagi. aku jadi rindu.  
dayang: (baca) 
puteri gunung ledang: kau menangis? 
dayang: ayat ini, sungguh indah, serba haru.  
puteri gunung ledang: ajarkan aku lagi, apa kata Dia. 
dayang: sekalipun kau isteri Nabi, itu tak menjanjikan kau di Syurga. sekalipun kau isteri Firaun, itu tak menjanjikan kau di Neraka. (at-tahrim:10-12)
puteri gunung ledang: dayang, bukankah kau tahu Sultan Mahmud sudah aku tolak jauh-jauh. ah, dan bukankah kau maklum, aku belum jadi isteri?
dayang: (senyum) subhanallah, indah! Allah iringkan juga dengan kisah Maryam buatmu, di hujung ayat-ayat ini. dan dia juga antara yang taat pada Allah.
--
babak II 

puteri gunung ledang: kita jauh. kau langit, dan aku bumi. kita tak sama. 
dayang: aku tak faham. kenapa langit dan bumi dikatakan jauh. 
puteri gunung ledang: salahkah? 
dayang: sedangkan bumi sudi menyedekahkan laut, dan langit setia menumpahkan hujan. di manakah jauhnya? dan jangan kau lupa, kita mencintai Pencipta yang sama. 
puteri gunung ledang: ahah (tergelak). kedatangan hang tuahkah yang telah mengubahmu sebegini?
dayang: (senyum simpul) ya, hang tuah punya Tuhan. dan dakwah tarbiyah nenek kebayan!
--
babak III 

tanpa dayang dan puteri gunung ledang tahu, hang tuah sendiri sedang melalui *tarbiyah dzatiyah; *mujahadah solat subuh tiap-tiap hari di masjid.  

he he he
--
babak IV

untuk diari tarbiyah hari ini, dayang tuliskan sejarah baru: 
"andai aku, kau anggap 'langit'mu, dan kau adalah 'bumi'ku, ajarkan aku tentang kerendahanmu. dan tunjukkan aku, sebagaimana bumi pernah mengajar langit mencintainya. aku mahu mencintai kau seperti itu."
--
babak V
hujung 2011; hang tuah dah mula serius *berhalaqah.  xD
2012; erk hang tuah..dayang? itu cerita tahun depan!



_____
"isteri Nabi sekalipun, kalau dia tak nak berubah, TAK JADI jugak! isteri Firaun sekalipun, kalau dia nak berubah, JADI! orang BUJANG? haa, Allah sambung pulak dengan kisah Maryam kat hujung ayat ni (at-tahrim:10-12)" -ustaz muhaimin, seminar dis/2011 

kamus:

*tarbiyah dzatiyah: latihan tarbiyah diri kepada diri sendiri
*mujahadah: berjuang melawan hawa nafsu
*halaqah: usrah

12 comments:

Salsabila said...

terus maju kak! :)

nusrah said...

tidak pernah lelah menanti lantunan-lantunan hikmah ini dibukukan umy.

Im still waiting for that day even we growing old later and I will tell my daughter, "Buku ni hasil tangan salah seorang kawan mama yang mengajar erti tarbiyah."

Sahabat sampai syurga..biiznillah.. :')

intan said...

umy..
:)
^___^

Lu'luah Nur Jamilah said...

nusrah, saya setuju dengan kamu.. \(^_^)/

~ada buku sebelum grad...~

nampaknya seperti akan ada kenyataannya. amin...

intan, cepat berpiket dan sediakan kain rentang besar-besar.. biar umy bersemangat untuk tulis buku..

(umy, saya menyampuk di sini.. (^+^)

UmmuAisya said...

wahh..suka karya awak!

Anonymous said...

salam kak..

dayang, PGL, Hang Tuah??
blh ke?

(^____~)

sure terbitkn!

sweeet moment kt seminar :)

~huda~

Umairah. said...

subhanallah, sgt terkejut bukak pg nie tgk 6 komen. hehe. tak penah2 nie. hadiah taun baru ke? :P

ini semua dr ALLAH, syg2ku sekalian. apa lg bleh dikata melainkan: puji Allah, puji Allah, dan puji Allah.

tp, still..err umy terharu sgt2 la~
okeh, 1 by 1.

to salsabila:
awk jugak, adikku. :')

to nusrah:
dan.. umy akan ckp: "buku nie ada sbb kwn2 ibu tak penah lelah sokong ibu, dr 23thn sampai ibu tua.."

er, taun nie kira 23 la kan? :P

to intan:
^__^

ps: amacam plan 23? jd ke? heh

to jamilah:
kain rentang? mood p.raya ke nie?
he he. tp Allah, sungguh bg motivasi! :')

umy pn m'harapkan yg sama, jamilah.
amin3.

to ummuaisya:
sy plak suka awk bual2 dgn aisya. inspiring :')

to huda:
amin ya Allah, amin3. :')
sgt best. xD
hrpnya, huda akan duduk sblh akak lg, n sokong akak selalu.

kpd SEMUA, jazakumullahhukhayran. syg semuanya krn Allah.

"andai satu hari nanti aku langit, sudikanlah menjadi bumiku, dan ajarkanku sebagaimana bumi pernah mengajar langit mencintainya! aku mahu mencintai kalian seperti itu"

:D

Lu'luah Nur Jamilah said...

umy, saya komen lagi.

"andai satu hari nanti aku langit, sudikanlah menjadi bumiku, dan ajarkanku sebagaimana bumi pernah mengajar langit mencintainya! aku mahu mencintai kalian seperti itu"

Amin.
teruja sebenarnya baca entri ini.. misi umur 23 ya? Bagus2! Saya sokong 1000 peratus!

dan ini..

"buku nie ada sbb kwn2 ibu tak penah lelah sokong ibu, dr 23thn sampai ibu tua.."

manis sekali........ (sambil bayangkan umairah shafei di atas pentas bekata begitu.)

(^_____^)

nusrah said...

ya jamilah..{nama seindah tuan punya badan walau belum pernah bersua.. ;) ]

betul, sy juga membayangkan sedemikian. "Umy tersenyum lega di atas pentas, ada sesuatu yg boleh dihadiahkan buat Cinta Agung di Mahsyar kelak."

Umy, errr errr.. kita dah 23 ea?? Tak nak ngaku.. :p

Umairah. said...

to jamilah & nusrah
umy m'bygkan kita beramai-ramai
amacam?

:')

..::Srikandi Asytari::.. said...

subhanallah.. izin copy masuk blog. ;)

Umairah. said...

silakan :')
t.ksh