Pages

Thursday, December 22, 2011

11.29 a.m.


sumber: link


semalam dalam kelas nusus syi'riyyah, ustaz 'alaa tanya dalam kelas,
"kenapa dalam perang bosnia, isteri-isteri, anak-anak perempuan diperkosa ramai-ramai? di depan khalayak? di depan suami sendiri? di depan kaum kerabat sendiri? di depan anak-anak sendiri?"
satu kelas diam.

dan ustaz mula jawab:
"sebab dalam Islam, maruah dan harga diri wanita terlalu tinggi. maka, dengan memperkosa wanita-wanita di depan mata kepala mereka sendiri,  itu aib yang sungguh-sungguh, maha dahsyat! mereka mahu Muslim marah, benci, meluat, geram, terseksa fizikal mental.."
bila ustaz cakap macam ni, hmm.
"akankah ada kecemburuan itu lagi, sedang saat ini bapa pun sanggup merogol anak sendiri?" 
"akankah ada kemarahan dan kebencian itu lagi, sedang saat ini kaum hawa sendiri kurang sensitif dengan maruah dan harga dirinya sendiri?" 
"akankah ada kemarahan dan kebencian itu lagi, sedang saat ini ada yang sudah membenarkan 'pemerkosaan' berlaku tanpa sedar?" 

dan ustaz tak jemu-jemu bagi nasihat. untuk ar-rijal, kata ustaz : "jadilah pemuda agama yang bangkit dan kuat. yang bukan hidup semata-mata, mahukan isteri cantik." 

untuk al-mar'ah : "jangan disangka perananmu remeh temeh. bermimpilah untuk melahirkan anak yang luar biasa soleh, sekental Salahuddin Al-Ayyubi merampas kembali tanah milik Muslimin.

kata ustaz lagi: "bercita-citalah yang besar-besar! seorang Muslim harus punya himmah (semangat) luar biasa. harus minta banyak-banyak pada Allah, agar Dia beri kekuatan untuk antara kita yang bangkit menegakkan Islam. dan beranilah untuk bercita-cita!"

dan aku tahu 
ada mimpi yang tak perlu 
terkhabar luar-luar
jauh-jauh, atau riuh-riuh
dalam hati pun Dia dengar
dalam lafaz yang tak tersebut
atau kata yang tak terucap
atau pandangan sayup-sayup
atau mungkin tangis senyap


Dia maklum kau sedang berkata
aku mahu jadi soleh
dan aku, mahu jadi solehah
Allah, tunjukkan jalan
mapankan hati
kabulkanlah










____
"..tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya tertegaklah Islam ditempatmu.." 

*oh ya, nusus syi'riyyah nie subjek wajib untuk student bahasa arab. belajar syair-syair arab; termasuklah penyairnya, bahasa, isi, kefahaman. kalau dengan ustaz 'alaa ni, khusus untuk syair zaman abbasi dan andalusi. :') #info

4 comments:

Faaizz d. Zul said...

"systematic rape"? nau'zubillah. 1st time dgr.

"jadilah pemuda agama yang bangkit dan kuat. yang bukan hidup semata-mata, mahukan isteri cantik." <--- power betul nasihat. *tulis dlm kepala*

___
btw, sy ada kawan. xskulmet perempuan. baru eksiden. skrg, dia da ok, tp mngalami short term memory loss. teringin nak hadiahkan buku. buku yg boleh revive semangat. so, nk mtk cadangan umairah utk judul buku. bolehke?

maaf klu xproper tny kat sini. (-.-)'

Umairah. said...

yeah. 1st time jugak waktu ustaz ckp.

innalillah. syafahallah.
btw, psl kawan nie, sy reply kat GR.

nusrah said...

Allahu Rabbi..
this is really touched. deep inside.

"bermimpilah untuk melahirkan anak yang luar biasa soleh, sekental Salahuddin Al-Ayyubi merampas kembali tanah milik Muslimin."

:')

Umairah. said...

nak tanak, kena baiki diri betul2. :)
kan? ;)