Pages

Sunday, November 13, 2011

shoot3



aku sesungguhnya belajar dari pengalaman bahawa pembacaan adakalanya asbab kepada hidayah. kerana dari kekeliruan dan ketidakfahaman di awal pembacaan, akan menumbuhkan pertanyaan. dari pertanyaan membawa kepada pencarian. dari pencarian kepada penemuan. dari penemuan kepada pengetahuan dan kefahaman. dari kefahaman kepada keyakinan. dan dari keyakinan itulah menghasilkan amalan dan pekerjaan luar biasa. moga seterusnya menemukan keteguhan dan istiqamah yang membawa kepada keredhaan di akhirat sana.

bacalah apa saja. jangan pernah menghukum penulis, judul atau genre. selagi mana ada unsur hikmah dan kebaikan, itu sesungguhnya milik kita. 

bacalah!

"hikmah itu laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman, maka dialah yang berhak mengambilnya." - hadis riwayat Imam at-Tarmizi dan Ibnu Majah.


moga kemahuan sentiasa ditunjuki dan dilorongkan kebenaran.

#azam: 
buang kemalasan. 
baca buku di luar bidang pengajian. 
peduli, dan analisa. 
jangan taqlid buta. 

peace!
selamat membaca.




____
all the best untuk semua candidate SPM11. 'ammar, azrie,  sumaiyyah, & hafizah. :') 
selamat berjuang adik-adikku sekalian!  alah, kacang je SPM tuh. heh. :P

.. 'kacang' dari ujian-ujian keduniaan yang lain. :D

*asbab: medium/sebab
*taqlid buta: percaya bulat-bulat

#roh mukhayyam-i[media].

2 comments:

Twilleries said...

suka blog anda.. alhamdulillah entry yang baik

Umairah. said...

alhamdulillah, t.ksh :')

jomlah join goodreads.com xD
bleh slg rekemen buku2 yg best.