Pages

Tuesday, November 8, 2011

Seminit.

hari yang panjang
sejam yang berlalu

duduk, berdiri
jaga, tidur
tulis, baca, fikir
bangun, diam

sepi, sempurna
sempit, lapang
dahaga, lapar
kecewa, marah
tenang, kalut

aku tak temukan kau

--

dalam payah hati
yang meraba

dalam pejam mata
yang mencuba

tolong; tolonglah
beri aku seminit
hanya seminit
walau seminit

untuk sekejap menangis
lewat huruf-huruf
yang aku baca
maghrib lalu

Tuhan, sempurnakanlah cinta
untuk seminit yang ini
hanya seminit
walau seminit

mohon
mohon
mohon

sesungguhnya





____
untuk HANYA mencintai Dia (tak ada yang lain), sungguh payah kan, walaupun seminit?
untuk HANYA ada Dia (tak ada yang lain), sungguh payah kan, walaupun seminit?


hmm. 

2 comments:

Qautsar said...

salam alaik ukhti,

:')
Allahu rabbana,
andai bisa kecapi cinta walau seminit itu.

pasti,
senyum meninggalkan dunia.

semoga terus kuat ye?
:)
salam ukhuwwah dari sy,

Umairah. said...

w'salam wrt.

amin3 ya Rabb.
syukran, syafiqah.

salam ukhwah kembali. :D