Pages

Wednesday, November 9, 2011

Sebab.

satu pagi dari pagi-pagi yang indah.

aku satu: kawan, kita suka sebab orang suka. atau sebab Allah suka?
aku dua:  kalau kita suka sebab orang suka, apa sebabnya?
aku tiga:  kalau kita suka sebab orang suka, akan berkekalan tak kesukaan kita itu?
aku empat: kalau kita suka sebab orang suka, ke mana kita nak bawa kesukaan kita itu? 
aku lima: kalau kita suka sebab orang suka, apa matlamat jangka panjangnya?
 
entahlah kawan, aku tak dapat bagi jawapan. 
aku tinggalkan sekejap. 

sekejap. ya?

kipas yang berpusing-pusing dari tadi dengan krek-krek bunyinya, langsung tak membantu. konon mahu mengemis sedikit inspirasi dari mocca panas, pun sungguh dia tak mahu menolong. syampu jenama clear, yang punya rasa segar dan bau harum pun tak menghangatkan enjin otak. langit yang sekejap mendung sekejap cerah pun tak kuasa melayan. anggur ungu masam-masam manis yang sudah berbiji-biji ditelan pun, vitaminnya tak cukup melancarkan gerakan daya fikir. leter panjang adik, bebel hingar adik, dan hisyy lagu-lagu dari suara adik, pun tak mahu peduli.

sekejap. ya?

sejadah pun diam. telekung pun tak bersuara. dinding apatah lagi, biru yang dilihat, biru itulah yang nampak. fikiran melayang-layang, selang seli dengan takbir. selang seli dengan tasbih. selang-seli dengan tahmid.

tapi, tiba-tiba kata dia (mungkin aku yang keenam), lewat dhuha, dalam penghabis doa (sungguh kawan, aku tak mampu khusyuk. masih tak mampu lagi). 

"bila kita cuba suka apa yang Allah suka, Dia tahu kita sedang berusaha. Dia tahu kita sedang cuba, dalam payah, penat, letih, keliru, kecewa, gagal, semuanya! walau kita tak ikhlas pada mulanya, tapi Dia tahu kita sedang usaha. saat itu, kesukaan kita ada sebabnya. ada matlamatnya. ada pengakhirannya. paling penting, Dia akan sayang dan suka kita balik kalau kita suka apa yang Dia suka!"

aku tak rasa dia menjawab. tapi aku rasa dia terus beri solusi.
insyaAllah, aku akan mencuba. aku akan berusaha.

hahh. 
:')


3 comments:

nadia rusli said...

subhanallah! tulisan umy tak pernah jemu!

Umairah. said...

alhamdulillah.

sbb fatin yg tak pernah jemu m'baca, bkn sbb tulisan umy yg tak menjemukan. hehe.

thank u, fatin~
rawr!

ps: rawr!; it means, 'i love you' in dinasour. entah, tgk kat mana. xD

sekali lagi, RAWR!

Jamilah Mohd Norddin said...

"bila kita cuba suka apa yang Allah suka, Dia tahu kita sedang berusaha. Dia tahu kita sedang cuba, dalam payah, penat, letih, keliru, kecewa, gagal, semuanya! walau kita tak ikhlas pada mulanya, tapi Dia tahu kita sedang usaha. saat itu, kesukaan kita ada sebabnya. ada matlamatnya. ada pengakhirannya. paling penting, Dia akan sayang dan suka kita balik kalau kita suka apa yang Dia suka!"

LIKEEEE....