Pages

Monday, November 7, 2011

"kalau aku masih tak mampu nak menyukai fizik, kenapa menyalahkan orang yang belum mampu mencintai sejarah?"


saya benci saya yang ini. 

dalam sehari yang panjang, saya kerap jatuh dalam hukuman, mahkamah, persidangan, atau yang sewaktu dengannya. erm, penghakiman manusia. tak kisahlah, dari apa yang dia tulis, dia baca, dia fikir, dia lihat, dia rasa. segalanya!

dan, dengan sepenuh perasaan, saya merasakan saya adalah hakim.

namun, bila sampai satu masa, saya terdiam.

"kalau aku masih tak mampu nak menyukai fizik, kenapa menyalahkan orang yang belum mampu mencintai sejarah?"

hanya saja dia belum mampu mengendalikan obsesinya pada err..games? kenapa aku mesti menyalahkan dia, sedangkan aku pun belum mampu mengikis obsesiku pada err..movie

cukuplah kita maklum, Allah menguji kita pada titik terlemah kita. dan perlu juga kita tahu, titik terlemah kita itu berbeza. 

cukuplah kita maklum, kita berkongsi masalah yang sama; keobsesan pada hal yang tak sepatutnya. walaupun, hakikatnya obsesi kita berbeza. 

awak, ada obsesi awak tersendiri.
saya, ada obsesi saya tersendiri.

tapi, matlamat kita satu; cinta Allah, redha Allah.

dan, saya mula merasakan bahawa dalam satu-satu perhubungan (apa-apa jenis pertalian) sekalipun, tak cukup kalau satu-satu orang sekadar menerima atau memberi. kalau terlalu ingin memberi, dia mungkin akan sukar untuk menerima. atau kalau dia terlalu selalu menerima, dia mungkin payah untuk memberi.

perhubungan jenis apa ya, kalau tak ada perkongsian?

jadi, boleh saya tegur awak, awak tegur saya?
kita menerima, kita memberi, dan kita berkongsi?
dan, erm kita mahu? kita belajar? kita berusaha? kita berubah?
err, sama-sama?

jangan tenggelamkanku dalam ego dan kesombonganku sendiri.
ya Allah, rendahkanlah hati-hati kami untuk sedia belajar, mengajar dan diajar. 

amin. 







_____
ada masanya, seorang aku saja terlalu complicated.
macam sekarang. hmm. =.='


ya, fizik memang payah. sekian, selamat zohor. :)

1 comment:

sya-hi-da said...

salam.

fizik itu, best. sekian. hehe