Pages

Tuesday, October 25, 2011

KITA.

teman, hari ini aku mendapatkan sesuatu
bahawa apabila keyakinan kita punya
jangankan halilintar; objek tak bernyawa
manusia pun takkan mampu perbuat apa


kita sedih, andai jasa tak terbalas
kita kecewa, andai budi tak dihargai
kita resah, andai bakti tak nampak hasil
kita ragu-ragu, andai dikeji, dikutuk
kita goyah, andai dihina, dikritik
kita marah, andai tak diterima


itu bermakna hati belum tulus
itu bermakna niat belum ikhlas
itu bermakna keyakinan belum cukup
itu bermakna pegangan belum teguh
itu bermakna kita masih cetek faham
itu bermakna kita masih emosi-pra-matang


itu bermakna kita sendiri, masih ragu-ragu tentang prinsip
masih belum jelas tentang hidup, tentang hala tuju
tentang masa depan, tentang apa yang kita tahu
tentang apa yang kita mahu, tentang apa yang kita perjuangkan


dan Dia masih terus mendidik
dan waktu akan terus berjalan
mendewasakan kita
menjadi manusia yang itu


menangislah, kalau merasakan gagal
tapi jangan pernah berhenti, kerana waktu sedia mengajar
sehari dalam individu, adalah setahun dalam umat
demikian pembinaan akan berjalan


teman, aku tidak mengatakan kau sedang dibina
tetapi aku mengatakan KITA sedang dibina


tabahlah!
senyumlah!


Allah sayang kita.
terlalu sayang!


:)


ps: teruntuk yang merasakan diri sedang lemah. peringatkanlah, andai saat itu nanti, adalah -aku.

3 comments:

Faaein Talip Roy said...

Semoga sentiasa tabah menghadapi segala ujian hidup.. DIA sentiasa dekat dengan hamba-hamba-Nya.. ;)

nusrah said...

huhu..jazakillah umy.
memang tgh rasa down tbe2. lagi2 dalam menghadapi perit nya 'sakit bulan purnama'.. T_T

[umairahshafei] said...

to faaein:
amin3 ya Rabb.
syukran ya ukthti.

ps: sy adore stail awk. hehe.

to nusrah:
Allah sayusahhil umuroki.
amin3 ya Rabb.

ujian mendekatkan kita dgnNya,
jd kita patut lbh gembira kan? :')

Dia SAYANG nusrah! xD