Pages

Monday, October 17, 2011

"Ahmad Cinta Ibu".



kenapa Ahmad baik dengan Ibu?

sebab ayah pesan, Allah sangat menitikberatkan wanita. dalam al-Quran saja, banyak sekali surah tentang wanita. dan Ibu seorang wanita. maka Ahmad mahu baik dengan Ibu.

kenapa Ahmad sayang Ibu?

sebab pakcik pesan, Rasulullah sangat kasihkan wanita. dalam khutbah wida' saja, berkali-kali diperjelas tentang tuntutan menyayangi wanita. dan Ibu, seorang wanita. maka Ahmad mahu selalu sayang Ibu.

kenapa Ahmad jaga Ibu?

sebab Tokwan pesan, Islam menjulang dengan adanya wanita. kata Tokwan, wanita melahirkan. wanita mendidik. dan wanita menyayangi. dan Ibu, seorang wanita. maka Ahmad mahu selalu jaga Ibu.

kenapa Ahmad lindungi Ibu?

sebab abang pesan, firman Allah, 'ar-rijal qowwamun 'ala nisa' (an-Nisa': 34). kami pemimpin, maka wanita adalah amanah kami. dan Ibu, adalah wanita. maka Ahmad mahu selalu lindungi Ibu.

kenapa Ahmad cinta Ibu?

sebab adik pesan, hati Ibu lembut. jiwa Ibu rapuh. kasih Ibu dalam. hak Ibu untuk diperlakukan sebaik-baiknya. hak Ibu untuk dipimpin, untuk dinasihati, untuk dibimbing sebaik-baiknya. bala pasti menimpa, andai kaum Ibu tak terpelihara dengan baik. maka Ahmad mahu cinta Ibu.

Allah cintakan Ibu! Rasulullah cintakan Ibu! Tokwan cintakan Ibu! Ayah cintakan Ibu! Pakcik cintakan ibu! Abang cintakan Ibu! Adik cintakan Ibu! Maka Ahmad pun mahu cintakan Ibu, kawan-kawan Ibu, anak-anak Ibu, adik-adik Ibu, dan semuanya!

Ahmad tersenyum, puas. 
Ibu malah menitik air mata, tersenyum, bangga.
--

"..wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina." 
- petikan khutbah hujjatul wida' Rasulullah S.A.W, 10 hijrah

5 comments:

nadia rusli said...

terbaik!!ftn suka sangat2 post2 umy :) inspiring...sayang umy!

nusrah said...

subhanaAllah..i do like how you turn your writing to make an entry about mother..! ;)

and how you want to tell everyone that a man like Ahmad still exist..heh. suka sgt!

p/s : umy buang word verification kat bawah ni tau. penat sy nak taip byk2 kali..hahaha.. XD

nurafisha said...

penulisan yg best.:)

[umairahshafei] said...

to fatin:

umy lagi suka lukisan, foto-foto, dan segalanya tentang fatin nadia rusli.
kaedian lagi inspiring lah! :)

to nusrah:
ada sangat! lecturer kat sini, dah bbrp org yg umy jumpa kategori ahmad. subhanallah~

mg ditemukan selalu. :)

err..word verification yg mana ye? camna nak buang?

to nurafisha:
doakanlah yg akn dtg; lbh baik, lbh bermanfaat, lbh praktikal, lbh difahami dr yg ini. amin.

t.ksh afisha. :)

nusrah said...

klu umy perasan dekat setiap comment, kena letak word verification..

so cara nak buang, umy prg dkat dashboard --> Settings --> comments --> show word verification ---> click 'no'

you are done..! ;)