Pages

Wednesday, October 12, 2011

08:36; selamat belajar!


Salam'alayk.


Ustaz Bilal sebut ayat ini, sewaktu kelas 'Ulum Hadith semalam. Nak katanya, jangan mendahulukan kata-kata manusia, lebih dari kata-kata Allah dan Rasulullah. Hmm, saya rasa saya banyak belajar tentang ini, untuk sem pertama, tahun ketiga di sini. Mendahulukan Allah dan Rasul, berbanding hukum, fatwa, dan kata manusia. Sejauh mana praktikalnya, sungguh! Berita buruk, saya masih bertatih. 

Kesemuanya perlu ilmu. Bukan hentam semborono. Untuk faham Al-Quran saja, perlu selak tafsir. Dan untuk mengerti hadis, perlu rujuk kitab-kitab hadis. Sahih, hasan, dho'if atau maudhu'. 

Tahun ketiga, tapi rasa macam tak cukup. Rasa macam;

"sejauh mana sudah aku belajar?" 
"sejauh mana belajar dah tukar jadi amal?"
"sejauh mana belajar dah ubah diri jadi lebih baik?"
"sejauh mana pengalaman dah ubah mentaliti dan sikap?"
"sejauh mana amal dah memberi manfaat pada yang lain?"

Ya Allah!





Melintasi ayat ini, saya senyum. Rasa indah, berbunga-bunga. Inilah kot ni, yang Kang Abik kupas semalam-semalam, sewaktu program SerumpuN. Oii, Islam pun ada CINTA tau!

"Dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan."

Subhanallah. 
Ermm, nak tak?

Tapi, di dalam ayat sebelumnya Allah menggambarkan jalan ini, pendakiannya sukar dan susah. Maka, tak ramai yang mahu memanjatnya.

Allahhu Allah. 


Kita jauh. Saya tak mampu berkata-kata.
Biar tulisan jadi penghubung. Sekadar sharing, atas nama cinta kerana Allah.


MeLANGITkan Al-Quran, dan memBUMIkannya dalam hati dan amal. (haila, tak habis-habis mood serumpun nih.) 


Moga hari ini lebih baik dari semalam. Lebih indah, lebih syukur.
Lebih penghayatan. Lebih nikmat. Lebih redha dan lebih tawakal.


Rendahkan hati, ikhlaskan niat, dan sebarkan cinta!
Selamat belajar! Selamat menikmati Rabu!


Wallahhua'lam. 
:)






___
ps: semalam, pulun 'bercita-cita' hari ni nak off update sekejap. =.=' nilah ni, bila writing dah jadi darah daging. hailaa.  ^_^v



6 comments:

Anonymous said...

lagi nak off lagi banyak nak tulis. :)

jamilah

[umairahshafei] said...

setuju! :)

Cahaya Kelapangan said...

kelas ulum hadith dengan ust bilal ye? sama la kita...:)

[umairahshafei] said...

ouh ye? subhanallah!

rs lawak pulak jumpa thru blog. okayyy dik, i'Allah jumpa esok~

btw, nama sebenar nur insyeerah? nur nasyrah? nur..?

xD

nusrah said...

ohh...memang kena waktu umy post entry ni.semalam bru dgr pengisian by ustz zaharudin pasal ilmu & belajar..
huaaa..sentap kejap.. rasa jahil sgt pasal ilmu nih.. -.-'

[umairahshafei] said...

memang sunnahnya makin belajar, akan makin rasa jahil. :)

itu bermakna, kita sedang belajar!

teruskan belajar.

oh, ayuh sama-sama belajar!

xD