Pages

Monday, September 5, 2011

Sekali lagi..

quote! :)


"Anak-anak itu hendaklah dilatih menjadi pejuang Allah maka mereka perlu mendidiknya dengan piawaian Allah. Jika piawaian itu menyatakan mereka perlu dididik tanpa ibu untuk menjadi mujahid yang unggul maka tanpa ibulah." (pg. 21)

"Hassan Al-Banna menyuruh semua ahli Ikhwanul Muslimin supaya jangan minum teh, kopi, dan minuman ringan kecuali benar-benar perlu atau terpaksa." Nazneen memberikan penjelasan. (pg. 26)


= = = =
"Nazneen pengikut jemaah?"

"Kita semua satu jemaah. Islam. Bukankah Rasulullah pernah bersabda, apabila kamu tidak dalam jemaah, kamu seperti biri-biri yang terlepas daripada kelompoknya dan mudah diserang oleh serigala." 
= = = = 


"Anak-anak saya perlukan seorang ibu yang tahu ilmu dunia dan tahu ilmu akhirat. Seorang ibu yang bijak pandai. Seorang ibu yang tahu menghormati ayah mereka. Ibu yang tahu kedudukannya di sisi ayah mereka. Ibu yang tahu potensi mereka, yang akan mengajar mereka menjadi manusia dan bukan sekadar menjadi seorang orang." (pg. 95)

"Tapi kebanyakan mereka hanya mampu melahirkan orang. Tidak banyak perempuan yang mampu melahirkan manusia." (pg. 95)

"Ibu imam abu hanifah ditanya, bagaimana dia dapat melahirkan anak seperti imam itu? Dan dia menjawab; aku mendidik anakku 20 tahun sebelum ia lahir." (pg. 142)

"Maksudnya, dia mendidik dirinya sejak remaja. Jika dia mahu anaknya mencintai ilmu, dia dulu perlu mencintai ilmu. Jika dia mahu anaknya mencintai Allah, maka dia dululah yang mencintai Allah. Saya mahu anak saya menjadi kedua-duanya dan berdikari." (pg. 142)

"Kelincahan, keriangan tenaga, dan kelasakan seoang anak kecil, semuanya dia peroleh daripada ibunya sejak ibunya masih dara lagi." ~petikan dari "Gitanjali" karya Rabindranath Tagore. (pg. 142)


= = = =
"Saya minta Cikgu Nazneen tunggu sehingga saya 25. Tapi..itu belum tentu dapat menutup mulut orang cuma setidak-tidaknya suara saya akan didengari."

Begitu sekali kau mencintai Nazneen?

"Maruah Cikgu Nazneen ialah maruah saya. Saya akan jaga sedaya-upaya." tegas Ahmad pada dirinya sendiri.

"Awak sangat cintakan Nazneen." Bushra membuat penyataan.

"Allah saja yang corakkan cinta saya. Bukankah celupan Allah itu celupan terbaik?"
= = = =



*re-read; setulus setia seindah nama, siti hazneza abd. hamid, cetakan pertama 2007.

2 comments:

Faaizz d. Zul said...

tajuk die setulus setia seindah nama eh?

kena masuk senarai book-to-read ni...

care to recommend? =)

umairahshafei said...

sure.

ya, setulus setia seindah nama.

tp, sy tak pasti ada lg atau tak di kedai2. sbb dah tak ternampak. kalau biasa beli on9, mgkn boleh cuba kat sini.

http://yamien.com.my/home/index.php?option=com_content&task=view&id=15&Itemid=29

kalau tak dpt cari, nak pinjam pun i'Allah boleh. pndpt peribadi, mgkn patut masuk list-to-read kot. novel yg tak mcm novel biasa, i'Allah. :)