Pages

Tuesday, August 2, 2011

tudung labuh, baju cekak dan kain biru.

rindu irshad.

*updated: 03082011

2015
Hijau padang menyejukkan. Tenang angin macam semilir ombak. Daun-daun persis pasir halus berterbangan. Dua gadis dalam kurung, dan tudung labuh. Biru muda yang memikat dan krim yang lembut. Bibir tanpa lipstik, pipi sekadar alas bedak tipis. Wajah yang biasa-biasa, tapi entah kenapa bila dipandang, rasa manis. Manis yang tak dibuat-buat. 

Pohon rendang makin tua. Macam kita. 



2005-2006
Kita gadis kurung tadi yang gatal tangan mencabut rumput padang. Kita gadis tudung labuh tadi yang bertemu mesra di astaka, merai majlis PERTIMA. Kita gadis biasa-biasa tadi yang menjual aiskrim, di bawah pohon rendang. Kita gadis tanpa lipstik tadi yang berusrah kala angin petang menderu-deru. Kita gadis manis tadi yang menikmati lebatnya kuning daun persis sungguh musim luruh.



2011
Pohon rendang muda dulu, sesungguhnya tuanya bakal meneduhkan. 
Dan moga dewasa kita pula, kekal gadis tudung labuh, dalam kurung yang akan menyejukkan. 

Menanti solehah dalam diri, membajai istiqamah ternyata sungguh payah. 
Moga kita hamba rabbani, bukan hamba irshadi.

Muhasabah.
:'(









____
"kita kalah, kerana sering menyerah di jalan mujahadah." -Ustaz Pahrol, SOLUSI Isu Ramadhan.

kredit pic: adek afina.



4 comments:

aras nura said...

dua perkataan sudah cukup buat mata berair. Allah, rindu ini tak tertahan. Tapi, masa nyata takkan kembali lagi. Kekuatan kekuatan.

umairahshafei said...

moga ada pahala untuk rindumu, adik. :D

slg mendoakan kita di mana-mana pun, masih, tetap dan selamanya hamba rabbani, bukan hamba irshadi. :)

salam syg selalu,
ramadhan kareem. xD

uqbah said...

dua ribu lima belas?

siskahaidan said...

Irshad?