Pages

Friday, August 5, 2011

diari yang pergh, herm & dan.



"Agak-agak, cinta Umi kat Walid bertambah tak? Sebab bila kita makin beriman kan, makin Allah campakkan rasa sayang?" 

Pergh. 

Setakat dalam hati. Ya, aku mampu. Pertanyaan yang tentunya bukan klise. Tergantung tanpa jawapan. Sedang bertegak-tegak dalam saff tadi, ternampak kelibat beliau. Tenang melangkah ke depan, mengangkat takbir, lalu mengimamkan terawih. Alunan suara yang entah, tiba-tiba rasa sebak. Rakaat demi rakaat yang bocor. Ternyata, sentuhan hati bukan datang dari bacaan surah yang panjang-panjang, bukan! Cukup dua tiga ayat, asalkan ada ramuan ikhlas, tentu mampu menyentuh hati. 

Herm.

Nuansa Islami yang sedia terbina dari pucuk, itu biasa. Tapi, sungguh luar biasa bagi yang mula jinak-jinak belajar mengislah diri, dan berusaha menjadi imam yang terbaik kepada ahli keluarganya. Belajar itu bagi aku, sakit sekali. 

Teringat kata-kata, yang maaf aku tidak hafal pemiliknya.

"You must be very polite with yourself when you are learning something new."

Kerana pemberontakan jiwa itu sering berlaku bila-bila masa. Hentaman perasaan mengetuk dinding hati, ditambah diuji dan teruji dengan sunnatullah yang manusia itu ada masa lemah masa jatuh. Inilah dugaan HIJRAH

Dia mengajarkan kesabaran dan kesungguhan. Dan, bahawa:

kemahuan itu melebihi kemampuan. 
kesediaan menerima dan memberi itu penting.
kesefahaman, dan prinsip: "mahu belajar sama-sama" itu penting.
keimanan pada Allah, ini akarnya!

Ahhh, entahlah. Itu teori cincai-cincai dari pemerhatian; budak BARB yang cuba-cuba menceroboh bidang orang lain. 

Dan.

Dan surau yang tertegak berpuluh tahun itu, makin lengang. Imam yang hafiz makin berkurang. Tak macam dulu-dulu, sekitar aku 8-9 tahun. Bau sama persis, telah lulus mengembalikan citra lama. Warna sama yang lebih segar. Tidak ketinggalan, kedudukan tandas juga masih sama. Cuma, tikar getah kusam diganti marmar berkilat yang dilapisi permaidani biru. Namun, belum mampu mencapai tahap "surau moden" sepenuhnya. Atasnya masih tersergam megah bangunan kayu, yang dulu "lengan" tangganya dijadikan papan gelongsor budak-budak kampung. 


Sekarang, tinggal jadi bahan kenang-kenangan, rindu-rinduan budak-budak kampung itu. Kerana budak-budak sekarang tidak pandai menggelongsor "lengan" tangga, tetapi lebih gemar menonton tivi. 

Dan aku, perempuan-22-tahun. Bukan lagi budak-9-tahun; pengelat witir, penunggu moreh. Oh, dan juga penyembang kencang sewaktu tazkirah! Senyum-senyum sendiri terkenang-kenang proses mencari dewasa. 

Dan tentu, esok-esok 30 tahun, aku akan senyum lagi menatap coretan perempuan-22-tahun itu:

"Toklang-separuh-abad beriringan mesra bersama isteri usai Terawih. Tiap-tiap hari!"
"Senyum ramah Toklang yang tak pernah lekang."
"Pakcik tua yang masih tak jemu-jemu bertakbir langsung bersalam dengan imam sejak aku budak-9-tahun."
"Doa Walid yang selalu benar mengharukan hati."
"Dan..tiada yang lebih indah dan nikmat dari kemampuan menghayati ayat-ayat Al-Quran, walau SANGAT-SANGAT SEDIKIT. Ini sungguh yang sungguh-sungguh."

Mohon dipermudahkan untuk belajar lagi. Allahhu Allah. Moga sempat dia sampai ke perempuan-30-tahun, demi merasai dan mengecap kenikmatan Ramadhan berikutnya.

Ameen. 

Wallahhua'lam. 




_____
*coretan peribadi ini mungkin "sampah". namun, akan ada masanya jiwa dia jadi luluh. lemah. haru biru. sakit. sempit dan lain-lain bila dia tak mampu buat apa yang dicerna, ditulis, dan dikatakan. demi memperoleh kekuatan itu, moga jadi booster untuk dia tetap bergerak mengotakan huruf-hurufnya itu kepada amal. dan, dengan itu dia mampu jadi hamba yang lebih beriman. ah, moga-moga. doakan! ameen. 


kredit pic: sumber

9 comments:

Lu'luah Nur Jamilah said...

assalamualaikum,

namun, akan ada masanya jiwa dia jadi luluh. lemah. haru biru. sakit. sempit dan lain-lain bila dia tak mampu buat apa yang dicerna, ditulis, dan dikatakan. demi memperoleh kekuatan itu, moga jadi booster untuk dia tetap bergerak mengotakan huruf-hurufnya itu kepada amal. dan, dengan itu dia mampu jadi hamba yang lebih beriman. ah, moga-moga. doakan! ameen.

setuju ayat ni..
amen3x...
mungkin hari ini terasa yang ditulis ntahapaapa, tapi hakikatnya itu juga yang jadi penguat kala ia diperlukan..

anyway, suka baca tulisan umy bawah labe; karya sardin. hihi..

wassalam.

mesti. sebelum grad umairah shafei kena ada buku.. haha.. umairah shafei... semoga... amen..

umairahshafei said...

w'salam wrt.

t'senyum bc komen nie.
teringat ada satu syair arab yg mafhum dia lbh kurang mcm nie,

"jgn pernah salahkan org yg mabuk rindu, krn kita blum berada pd kedudukan dia."

t.ksh sbb jamilah EMPATI dgn tulisan cincai nie. btw, under label tu mmg sardin betul. cincai. :D

ps: umy takut sykt penerbitan tu rugi je nnt. xD btw, syukran ya. doa kembali utk jamilah jgk. :)

amin3 ya Allah.

Lu'luah Nur Jamilah said...

umairah shafei,

Siapa tahu selagi umy belum ajukan proposal pada mereka? betul tak?

Ia sudah menjadi semacam satu obses dalam diri pula mahu melihat buku teman sendiri diterbitkan..

by the way.. umy dah baca semua ke buku andre hirata tu???

nusrah said...

assalamualaikum umairah..
really love this entry. meaningful.
and yes, you should have your own book someday. i'll be the first customer :)

umairahshafei said...

to jamilah:
belum lg. dlm proses habiskan yg padang bulan tu dulu.

btw, bg umy sgt best.
penulisan yg mcm selalu; JUJUR.

to nusrah:
thanks bbyk. really appreciate that. psl customer tu, i take ur word for it. hehe.

may Allah bless u. amin3. xD

nusrah said...

Andre hirata and padang bulan?? sounds new to me.. karya siapa tuh umy(i started call u umy when ur friend also call u umy. eheh.)

umairahshafei said...

erm, awk pnah tgk muvie laskar pelangi? sang pengimpi? ataupun pnah dgr novel negeri lima menara, @ ranah 3 warna tak ye? andrea hiratalah penulisnya. :) padang bulan, cinta dlm gelas novel terbaru beliau. oh, sy admire beliau. :)

it sounds better when u called me umy. looks like we've really known each other. xD

ps: nusrah, jom register goodreads.com sy nak request jd kawan awk. bleh? :D

nusrah said...

dah register..pakai nick name Nusrahannur.. ce cari, ce cari..eheh.
tapi kan umy, nusrah x pandai guna..haha.cepat ajar ;)

umairahshafei said...

okaii, dah add. xD

i'Allah, bleh. GR xsusah sbnrnye. cuma kna try2 n explore mcm FB jugak.

umy waktu 1st guna pn cincai2 je. :)