Pages

Tuesday, July 12, 2011

Tak semudah sambal tumis.





Kalau satu hari nanti
Dia minta masak lemak cili api
Garu-garu kepala atau kaki
Paling kurang pun tak reti
Aku capai "Resepi-365 hari"

Atau mungkin capai google, cari sendiri
Paling tidak pun, pasti menjadi
Kalau rasa dengan hati

Tapi
Kalau dia tanya perlembagaan nanti
Minta pujuk nasihat Nabi?
Tunjukkan peribadi sahabat sejati?
Soleh solehahkan anak sendiri?
Nak taknak kena ada seni
Sambal tumis mungkin jadi, kalau cuba sekali
Akhlak tabiat manusiawi, mana mungkin jadi sehari

Bisik-bisik, orang selalu kata
Kalau Solehah, si Soleh tentu milik kita
Macam mana kalau Allah kata
Dia Soleh lepas kita bentuk, kita jaga?
Hasil didik, tegur nasihat suri dia?
Takdir Tuhan, siapa boleh duga?

Siapa kata, dia pemimpin semata
Dia bukan malaikat, masih manusia
Ada nafsu, pasti tersangkut dosa
Tetap juga amanah, tanggungjawab kita

Sebab kita tak pernah tahu takdir
Persiapkan diri, hadapi yang bakal hadir
Walau sebenarnya, haaaaaaahh.
Berubah itu payah!
Membina diri itu susah!
Dan.. siapa kata mudah?

_____

"..jika engkau bersedia masuk Islam, maka aku bersedia untuk menikah denganmu dan tidak mengharap mas kawin selain keislamanmu itu.." mendengar kata-kata ummu sulaim, hati abu thalhah terketuk, ia tertarik pada islam, dan ia kemudian mengucapkan kalimah syahadat. 

"satu ketika, kita adalah mad'u suami. satu ketika, dia adalah mad'u kita." ~makcik zah. 

3 comments:

Light of Heedful said...

kami dh dpt baca sesuatu..moga dipermudahkan Umy :)

umairahshafei said...

hrp bukan tafsiran yg salah.
amin3 utk doanya. (:
thanks fizah.

dlm post nie, umy cuma nak pesan pd diri, dan highlightkan kpntgn membina & tarbiyah diri. walau bilapun, tarikhnya. tak kisahlah, kalau 10 thn akan dtg sekalipun. :)

fizah sihat? buat apa kat rumah? ^_^ ada pi sekolah tak?

ps: sabtu kenduri sepupu. tp, kenduri di rumah tok. sebab tue, sibuk2 semuanya kat sini. :) best! xD

alhamdulillah.

Light of Heedful said...
This comment has been removed by the author.