Pages

Saturday, June 25, 2011

MANA?



7.05 a.m.
aku terjaga. 
subuh tergajah.
"ya Allah, macam mana boleh tak tersedar?"
meluru aku ke toilet. 
entah, rasa malu orang tengok.
sebab apa?
sebab rasa, orang akan kata,
"budak kopiah, err..apa kes subuh gajah?"

8.30 a.m.
macam biasa, aku on laptop.
blogwalking. baca paper.
view FB, twitter, dan update berita 
dari e-mail
popup YM! menyentap tiba-tiba.
dia tegur, "assalamu'alaikum."
aku teragak-agak pada mulanya. 
"wa'alaikummussalam," aku balas.
berlanjutan cerita,
"hmm..program kita macam mana?"

9.10 a.m.
kawan solehah aku datang.
tersengih dia, aku pandang. 
cepat-cepat windows YM!, aku hide.
popup tadi aku minimize.
entah kenapa,
rasa malu kalau kalau kawan solehah tadi tengok.
walaupun, tadi.. err?
"kita bincang program, kan?"

9.30 a.m.
aku packing beg.
kelas pukul sepuluh.
orang tak tahu, aku kaki novel.
bawa buku ke mana-mana. 
minggu nie, "Cinta Sarkas" lah!
selang masa free, aku selak.
ustazah solehah ternampak, 
entah kenapa, malu merebak.
sebab apa?
sebab ini novel cinta,
atau sebab dia ustazah?
atau.. sebab apa?

12.00 p.m.
gadis solehah seantero dunia,
tak pernah-pernah mesej,
dan sekarang?
dia text? 
tiba-tiba?
OMG?
oh, cuma forwarded mesej,
dari madame, "kelas cancel."
kalau perempuan lain, ada juga rasa mahu balas.
kalau dia, tak payahlah!
sebab err.. dia?
nanti entah apa dia fikir.

5.30 p.m.
diorang lepak di bilik.
eh bukan, discussion.
aku jamu teh. dan, biskut petak segi
hap seng.
kerja dah habis, tiba-tiba dia tanya,
"kau dah tengok BOF?"
dia nombor dua kata, "hensem la hero dia!"   
aku senyum, dan elok aku nak balas,
kawan solehah aku baru balik.
tak jadi nak buka cerita,
dan, masing-masing tiba-tiba,
diam.
entah, kenapa?

9.15 p.m.
ikim.fm tengah bersiaran.
dunia ekonomi, kau tahulah aku kan..
kurang berminat dunia ekonomi, saham, dan
yang sewaktu dengannya.
aku tukar channel.
wow! 

"Dan Bila Esok-SOFAZ!"

tenggelam aku, layan lagu nie.
kawan baik aku datang, 
bawa dinner dari kafe.
dia panggil, aku tak dengar.
dia tarik earphone sebelah kiri,
dan dengar sekali.
entah kenapa,
aku rasa malu.
tiba-tiba.
err.. sebab apa?

11.00 p.m.
bila berdepan, tunduk.
ya, aku malu!
bila lelaki di sebelah,
tak senang. tak selesa.
ya, aku malu.
bila aku di atas,
dan mereka di bawah,
"aih, mana pandangan yang tersorok?"
bila aku di alam maya,
mereka di alam maya,
gambar mereka, aku tatap.
status mereka, aku baca.
wall mereka, aku periksa.
"aih, mana malu yang tersimpan 
saat kita berdepan?" 


kalau mahu dikatakan, ini kisah hipokrit, ya! mungkin juga.
kalau mahu diulaskan, ini kisah sarkastik, ya! mungkin juga.
tapi, ini lebih dari sebuah kisah.

satu: kenapa seorang "aku; ada dua gender di sini", mendahulukan manusia, lebih daripada Allah?  
dua: kenapa benda itu pada "aku", "OKAY". tapi bila "dia" yang baik datang, "NOOOO, IT'S NOT OKAY!" 
tiga: kenapa aku malu pada manusia, sedangkan Allah lebih berkuasa?
empat: kenapa boleh timbul rasa malu kalau yakin, "BENAR" itu di pihak aku?
lima: kita sama-sama menutup aurat. ya, cuma luaran! tanpa sedar, yang dalaman belum juga "aku" selindungkan. hati pun, perlu berhati-hati. fikiran pun perlu dipertimbangkan.

++++


Dan sekarang, aku realize. Bukan senang menjaga TAQWA.
Bukan mudah menjaga MALU, luar dan dalam. 

Yang solehah bukan semata pada luaran. 
Yang soleh, bukan hanya pada zahir.

Yang solehah, bukan hanya tertunduk malu bila kita pandang.
Yang soleh bukan sekadar hebat berceramah dan tsiqah di luar. 

Yang solehah bukan sekadar ihsan pada manusia.
Yang soleh bukan hanya ihsan dalam ramai.

Malu itu ada, saat seorang. Saat ramai.
Taqwa itu ada, saat sendirian. Saat berkumpulan.
Ihsan itu ada, saat bersama Allah, saat dengan manusia.

“Sungguh aku mengetahui beberapa kaum dari umatku yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa kebaikan seperti Gunung Tihamah berwarna putih, lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang beterbangan”. 

Berkata Tsauban: “Wahai Rasulullah, khabarkan dan terangkanlah ciri-ciri mereka pada kami agar kami tidak termasuk mereka sedang kami tidak tahu. 

Baginda menjawab: “Mereka adalah sahabat kalian, mereka solat malam seperti kalian, akan tetapi mereka adalah kaum yang jika mereka sendirian mereka langgar larangan Allah.”
[hadis] 



 "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi." 

[Al-A'raaf:23]

++++


Tiadalah yang akan mengampunkan dosa, 
Melainkan Engkau ya Allah.

Tuhan siang dan malamku.
Tuhan sunyi dan ramaiku.
Tuhan sedih dan gembiraku.
Tuhan payah dan senangku.
Tuhan kecil dan dewasaku.
Tuhan muda dan tuaku.
Tuhan mimpi dan sedarku.
Tuhan jahil dan tahuku.
Tuhan hidup dan matiku!

Ampunilah aku!
Lorongkanlah hijrahku!


Ameen. 


 

4 comments:

Lu'luah Nur Jamilah said...

Subhanallah...

Ameen...
Ameen..
Ameen..

Puteri said...

an ta3budallah kaannaka tarahu fa in lam takun tarahu fainnahu yarak! Allahummansurna, watsabbit aqdamana. Arghh, rindu nak jadi tsiqah dan buat keputusan pelik2 yg orang lain xbuat hanya semata-mata nak redha Allah.. Allhummaja3lna minas siddiqina wal ghurabaa~ Memang perlu skema pada diri, perlu tegas! ya Rabb, ya rabb

amirah abdollah said...

akk,tlg sentkn no akk kt no mira.nset ilg ritu...nk tny psl pre reg nie.013 6402699

miza said...

ukhti..xkenal di mata x semestinya x bertaut dihati..mungkin wavelength kita sama? :)
jazakillah kk for all the tazkirah
love to follow u
semoga Allah redha <3