Pages

Friday, April 22, 2011

Seni.










Saya jadi teringat waktu Al-Quds Week yang lepas. Waktu saya bertugas jaga stall. Waktu saya sedang menampal kertas mahjong atas meja, untuk dijadikan lapik. Waktu saya sedang menampal selotep dengan menarik dan memanjangkannya. Tiba-tiba, "Alamak, senget la pulak". 


Saya cuba untuk mengguntingnya di bahagian tengah, dan bercadang untuk menyambung semula nanti. Tapi, saya dihalang Kak Faiz. Kata dia,


"Dik, no rules in art. Tak payah gunting. Sambung saja. Macam ni". Dia sekadar menyambungnya sahaja tanpa mempeduli bahagian yang senget. Dan ternyata ia benar-benar senget. 


Mulanya, saya tidak senang. Tapi, sungguh impresif bagi saya.


"Kalau orang tanya kenapa senget, cakaplah seni. Suka hati kitalah, seni kita! Eheh." 


Kadang-kadang, kita cinta pada sesuatu perkara. Maksud saya, yang baik-baik sahaja ya. Tapi, oleh sebab kita terlalu memikirkan apa orang akan kata, kita jadi tidak bebas. Dan, kesenian yang kita cuba cipta tersekat. Padahal, kadang-kadang orang tidak pernah kisah walau sedikit. Sungguh merugikan, bukan?


Begitu juga sikap. Perubahan. Hijrah. Dan lain-lain yang kadang-kadang kita cuba bataskan. 


Hmmm.


Dan, saya tuding satu jari kepada anda. Ya, anda. Anda yang masih tidak mahu bebas.


Tapi, ternyata empat jari lagi menghala ke arah saya. Saya yang punya mental-block. Tersekat. Tidak mahu bebas. 


Entri ini untuk diri sendiri sebenarnya.


Saya harap, sikap buruk yang satu itu akan diubah. Dan, saya mampu bebas dari belenggu itu.


Kita berusaha jadi yang baik-baik, cipta yang baik-baik, dan guna untuk orang lain jadi baik. Maka, jadinya sangat baik, bukan?


Hah, seni itu indah!


Paling penting, bukankah DAKWAH hakikatnya berkembang maju dengan seni? Seni tulis, seni muzik, seni komunikasi, seni filem, seni lukis, seni foto, seni..seni..seni..


Mohon doa agar Allah jadikan kita seorang yang kreatif.
Kreatif dalam berdakwah, menyeru orang lain ke arah kebaikan.


Amin. Amin. Amin Ya Rabb.
:D






ps: kadang-kadang, i wish to be architecture student. bercita-cita nak rumah macam tu. wooden classic style. handmade yang tak membazir. rustic look. simple. cantik. subhanallah! :) design kat sini banyak yang best. kredit pictures dari situ ya!

3 comments:

Zimah Zaiwani said...

akak, lama sudah tidak membaca ceritera2 menarik di blog akak ni. hehehe.

post terbaru akak sgt kena dgn zmah senanya. zmah pon kdg2 sll ada tanggapan yg hidup zmah ni bergantung kepada sangkaan org lain terhadap diri zmah. mak n kwn2rapat zmah prnh ckp kat zmah yg buat kita nk kesah sgt psl apa org lain akn ckp or pk psl kita? ckplah skdr kita hdp utk Allah sj. tp kdg2 rs x tenang sgt bila org asyik mengata psl kita, kak. zmah rs skt hati sgt bila sume dbn yg zmah buat ada sj yg x kn di mata mereka. pd zmah bnd tu bknnya dosa pun, tp bg mereka yg lain pendapat dan fikrah dgn zmah rskan bnd tu kelhn bsr bg mereka. mneymph zmah dgn org2 mcm tu. tp apa blh buat kak. kdg2 zmah rs kte prl pertimbangkan jgk tanggapan org lain pd kita sbb zmah tkt kalau tmbul fitnah pd diri zmah. zmah xnk fitnah itu berpunca dr zmah, sbb zmah pun akn dpt saham sm.

jd, apa yg mst zmah buat, akak? :(

hamba sehambanya. said...

salam'alayk adikku.
(:

akak rasa, akak bukan org yg layak untuk beri zimah nsht. sebabnya, akak pun msh brusaha utk ubah sikap yg satu nie.

tp, memberi nasihat apabila diminta tue, mmg hak zimah utk akak penuhi. anggap nie prkongsian, dan kita sm2 b'usaha utk baiki ye.

prtama, mgkn kena pstikan dlu, apa yg kita buat, apa yg kita pgang, apa yg kita rasa tu, kena tak dgn apa yg Allah syariatkan. kdg, kita trslh. dan mgkn sbb tue, org lain pndg pelik dan cuba mngata2. inilah silapnya mereka, sbb cara menegur itu salah. ermm, tp kita muhasabah balik, mgkn krn mrk kurang ilmu. jd, kita yg fhm terlebih dlu kena berlapang dada. ada ganjaranNya di sisi Allah, dik. :D

tp, kalu zmah ykn, apa yg zmah buat tak ada slhnya, kita ptut berpegang dgn prinsip tue. atau kata lainnya, 'izzah dgn prnsip kita. bukan bermegah, tapi brbangga dgn Muslimnya kita. brbngga dgn usaha kita utk jd Muslim sejati. ikut ajaran Al-Quran, dan As-Sunnah. subhanallah. :)

dan bila akak rs down, atau ada rasa goyah dgn prinsip sndiri, hadis nie, i'Allah buat akak tenang.

“sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”

dan kata-kata nie jugak, dik.

“hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan.” (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

i'Allah, bila kita ikut perintah Allah, dan selagi apa yg kita pegang dan bawa tue benar dik, Allah brsama kita. jgn risau dgn cemuhan atau kata-kara org lain.

bukankah Allah pemegang hati-hati manusia? yakinlah dgn ini.

bykkan berdoa. moga Allah tenangkan hati dan lapangkan dada utk terima.

akak suka satu kata-kata nie,

"jangan minta ujian dikurangkan, tapi mintalah dikuatkan hati, jasad, dan semuanya, kerana Allah tidak memberikan ujian melainkan kita mampu utk hadapinya."

moga Allah beri ksbrn pd zimah.
amin3 ya Rabb.

take care.
:D

NurFaizaini Abdullah said...
This comment has been removed by the author.