Pages

Monday, April 4, 2011

Indah.



Semangat buka IKIM.fm pagi-pagi semata-mata nak dengar celoteh Pyan dengan Siti Rohani dalam segmen Warna Pagi. Alih-alih, "Eh, kenapa dengar suara orang lain?"

Oh, Sabtu! Mana ada segmen Warna Pagi.

Tapi, saya dengar saja sampai habis. Macam menarik juga mulanya. Saya cukup kenal suara DJ, tapi kurang cam suara tetamu jemputan. Dengar lagi, lagi, dan lagi..

Hmm. Memang menarik!

DJ Fairuz bersama Dr. Muhaya dalam segmen "Islam itu Indah".

Berbincang soal pemakanan yang kurang sekali diambil berat oleh masyarakat Malaysia. Err, termasuk saya.

Membuka minda sungguh saat Dr Muhaya bercerita tentang masalah salah seorang pesakitnya. Kalau tak silap saya, pesakit tersebut ada masalah kebengkakan pada mata. Yang dianjurkan Dr Muhaya adalah cuba meninggalkan tabiat lamanya dengan menjaga pemakanan. 

Menurutnya, si pesakit ini tabiatnya mengambil roti canai, dan nasi lemak ketika sarapan. Tengaharinya, makan nasi pula. Petangnya, pisang goreng. Dan malam, menjamu nasi sekali lagi. Maka, Dr Muhaya menganjurkan dia mengambil oat selama 2 bulan. 

Dan..ternyata kebengkakan pada mata berkurang dengan izin Allah!

Subhanallah.

+++++++

"My wife destroyed me." 

Ini kisah lain yang diceritakan oleh Dr Muhaya, yang mana si suami begitu kacak, tampan, dan bergaya ketika waktu mudanya, tetapi menjadi gemuk, dan tidak sihat pada usia tuanya. Menurutnya lagi, si suami ini jenis yang bekerja hingga lewat malam. Balik ke rumah saja, makan malam akan disediakan oleh si isteri. Pukul 11.00 malam makan, dan pukul 12.00 tengah malam tidur! 

Oh, bayangkan!

Maka, di sinilah Dr Muhaya menasihatkan isteri-isteri agar menjaga pemakanan ahli keluarganya. Kalau perlu bekerja hingga lewat malam, maka bekalkan dia dengan makanan. Dan dialah yang bertanggungjawab untuk memastikan makanan bersih, selamat dimakan, dan paling penting HALAL, kerana makanan itulah yang membentuk peribadi. Makanan yang halal juga akan sentiasa menghalakan kita ke arah kebaikan, dan meringankan diri untuk lebih banyak BERIBADAH!

Dan kalau si suami jenis yang ambik-saja-semua-benda; peminat tegar makanan manis, berlemak, serta segala jenis yang tidak baik, maka menjadi kewajipan si isteri untuk masak, dan menghias makanan yang berkhasiat supaya nampak menarik.

Kata beliau lagi, "Isteri mesti kreatif! Pilih sayur-sayur yang berwarna.." Kalau dia tak mahu juga, guna kaedah psiko: "Dulu you handsome la, sekarang nie I tengok...."

Dan selalu pesan pada dia, agar jaga pemakanan, dan berusahalah untuk sama-sama menjaga kesihatan. Tubuh badan itu amanah Allah.

Dr Muhaya ada juga berkongsi satu tips. "Isi pinggan dengan lauk dan sayur dulu, kemudian baru isi dengan 1/3 nasi.."
Hmm..interesting!

++++++++

Kemudian, ada seorang pendengar menelefon. Berkongsi cerita mengenai perjalanan sehariannya sebagai pemandu bas. Saya kagum betul dengan dia. Ada keprihatinan yang dalam, saat dia meluahkan pandangannya tentang isu umat yang makin menjadi-jadi. Pelajar-pelajar sekolah yang kurang berakhlak, dan dia memfokuskan pada perempuan khususnya! 

Katanya, kadang-kadang dia menangis kerana tak mampu untuk sentiasa menegur kelakuan remaja sekarang.

"Ini berkaitan dengan pemakanan atau hiburan masa sekarang ye doktor?"

Dan..ini soalan dia.

Ringkasnya, Dr Muhaya menegaskan beberapa aspek:

1. Percakapan ibu bapa di rumah- Kasar dan tidak mendidik.

2. Iklan yang ditonjolkan di TV- Tak membantu proses pendidikan.

3. Video game- Ada tak yang ajar budaya sopan santun? Tak ada! Yang ada hanyalah mengajar anak-anak supaya membelasah orang. Hmm.

4. Sistem pendidikan di sekolah yang kurang membina minda. Sistem yang lebih pada penerimaan teori, dan exam dapat A!


Wallahhua'alam.


*best slot ini. bukan saja dapat fakta, malah pendedahan tarbiyah. subhanallah! tambah bab pemakanan, jarang kita dengar, kan? hmm.  indahnya Islam! :D

*terima kasih ummi sebab selalu sediakan akak makanan yang sihat, bersih dan halal! :) 

*date sepatutnya posting entri nie: 2 April.

 *kenali dr muhaya- klik sini. 
 
*program radio IKIM. boleh download sini

*fb komuniti warna pagi di sini. fb dr muhaya di sini.


















kalau tak pandai masak?
huhu.
=.='

2 comments:

N.I.S.O ^-^ said...

kalau tak pandai masak..
hurm...
jom kite amek cooking skill. hehe :D

nadia rusli said...

mohon share! ye umy :)