Pages

Friday, March 4, 2011

Talk to Him.

Tadi, first time solat Jumaat di masjid. First time dalam hidup. 

Fikir-fikir balik, duduk saja dah dua tahun di UIAM, tapi tak pernah langsung merasai suasana solat Jumaat di masjid. Pernah saja beberapa kali dengar imam berkhutbah, cuma tak pernah sama-sama solat. Dan, hari ini baru berpeluang. 

Subhanallah.

Tak pasti, sebab first time itu yang buat kita jadi berhati-hati jaga rukun yang patut dijaga, atau sebab khutbah yang best dan mahsyuk tadi yang membuatkan solat rasa sungguh menenangkan. Rasa tenteram. Rasa aman. Rasa nak menangis semahu-mahunya. Rasa nak mengadu pada Allah. Rasa nak merintih banyak-banyak. Rasa nak meluahkan segala isi hati yang terpendam. 

Rasa nak..

"Allah..Allah..Allah, Kau dengarlah hatiku. Dengarlah. Dengarlah, aku mahu bercerita. Dengarlah aku mahu mengadu. Dengarlah aku mahu meminta, Dengarlah. Dengarlah. Dengarlah, duhai yang Maha Mendengar.. Kau paling memahami. Kalau paling mengetahui. Kau paling mengenali.."

Khutbah tadi menusuk jiwa. Dan memang betullah, minggu ini memang minggu yang banyak mengajar diri tentang kepercayaan kepada Allah. Serasa-rasa saya, entri di sini sepanjang minggu ini pun banyaknya berkaitan tentang kepercayaan diri pada Allah. Keyakinan kita pada doa, kesungguhan kita meluahkan rasa hati padaNya. 

Ya Allah.

Terdengar juga esakan di kiri kanan. Sikit-sikit dan sayup-sayup.

Khutbah tadi dalam English. Tak kisahlah, cumanya.. part yang paling menyentuh hati, bila Imam itu cakap,

"Usahlah merasakan sedikit atau banyak kita meminta. Sebab Allah itu Maha Berkuasa atas segalanya. Dia mampu perbuat apa saja. Maka, bercakaplah dengan Dia. Dia Maha Mendengar.."



Terima kasih, Allah.
:) 






alhamdulillah.
:)



2 comments:

amirah abdollah said...

ziarah~
likeeeeeeee.....

hamba sehambanya. said...

akak tunggu mira plak.
nanti kita solat same2. ye?
:)