Pages

Wednesday, March 30, 2011

2 dalam 1.


"Dr, saya telah didik anak saya solat sejak berumur 7 tahun. Tapi, entah sebab pergaulan atau apa, jadi begini. Di rumah, saya dah siapkan kain telekung dan sejadah untuk dia solat. Bila ditanya, dia akan jawab, dia sudah menunaikan solat. Namun, masalahnya saya lihat kain telekung dan sejadah masih sama sebagaimana yang saya letak tadi. Jadi, bagaimana ya Dr.? Bagaimana teguran yang sepatutnya, sebab saya bimbang kalau didesak berulang kali, dia akan fikir saya tidak percayakan dia. Takut kalau dia ada perasaan, "Ibu ni sudahlah, kalau tak percayakan kakak!". Jadi, macam mana ya?"

"Cara yang saya rasakan terbaik adalah jangan ditanya sama ada anak sudah solat atau belum. Cukup kalau dikatakan secara baik, "Kakak, Ibu tahu kakak belum solat. Sejadah, kain telekung sama macam yang Ibu letak tadi. Kalau betul Kakak buat, alhamdulillah Ibu terima dan percaya. Tapi, kalau belum buat, Allah sama sekali tak terima." 

Usah berdebat, terus tinggalkan anak sebegitu saja untuk mengajak dia supaya berfikir."

atau

"Cara kedua. Suruh dia segera berwudhuk, dan tunggu sampai dia mengangkat takbir. Selang masa untuk menunggu lebih kurang 5 minit saja. Bila anak sudah mengangkat takbir, tinggalkanlah dia. InsyaAllah, dia memang akan dan sedang solat." 



~ikim.fm 

+++++++


Teringat dulu-dulu.
Selalu mengelat bila sampai waktu sembahyang.
Solat tu memangla solat. Tapi, macam ayam patuk. Cepat dan sungguh ringkas.
Kadang-kadang tipu Ummie jugak sekali sekala.
Huhu.

Allahhu Allah.
Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan dan bagi kefahaman tu.
Kalaulah sampai sekarang, solat masih macam dulu..
Ya Allah.

Apapun, refleks segmen "Permata Hatiku" anjuran Motivasi Alihan Pelajar (MAP Training) yang dikelolakan oleh Dr. Tengku Ismadi di IKIM.fm memang menyegarkan. Pencerahan yang bermakna. Bukan untuk yang bergelar ibu bapa saja, malah untuk saya sendiri pun rasa sungguh-sungguh berguna.

Saya sangka Dr. Ismadi belajar psikologi dulu. Bila tengok-tengok balik profil Dr. ni, rupanya bekas pelajar USM, jurusan Kejuruteraan lagi! Bukan ijazah saja, malah sampai peringkat doktor falsafah! Tapi, alih-alih sekarang jadi pakar motivasi yang berjaya.

Subhanallah.

Teringat juga segmen "Motivasi Pagi" tadi. Motivator tu seru, supaya banyak-banyak doa pada Allah. Supaya Dia lorongkan kita ke arah apa yang sesuai dengan kita. Ke arah kemampuan dan kelebihan kita. Minta Dia tunjukkan dan halakan kita ke arah itu. 

Hmmm.. kalau Allah kata penjual pisang goreng itu yang terbaik untuk kita, maka layakkah untuk kita persoalkan? Bukan jenis rezeki itu yang harusnya dipersoalkan, tetapi sumber rezeki tu.

Subhanallah.

Ermm. Mungkin mulai sekarang, kita kena belajar cakap, "Aku tidak pernah dapat apa yang aku sukai. Maka, aku akan belajar menyukai apa yang aku dapatkan."

Bila jadi hamba yang bersyukur dan qanaah, insyaAllah hati tenang sentiasa.
Allah knows best.
:)

Wallahhua'alam.



*motivasi pagi: isn-jum 7.30 a.m, ikim. fm 
*permata hatiku- tak sure. tapi dengar tadi, agaknya macam 5.30 p.m. maybe isn-jum jugak kot.










IKIM.fm bleh jadi terapi paling baik
saat huruf  arab dah macam tungging terbalik
dan kepala mula pening-pening. 

huhu.

3 comments:

wan hazimah said...

salam akak. zimah dtg lagi di sini.
akak zmah nk sgt kenal akak.... thru cite2 akak kat sini, byk bg inspirasi kat zmah. akak, izinkan zmah knl akak. zmah nk contct number akak blh? kalau x blh, cukuplah emel akak zmah dpt. zmah perlukan nasihat akak dalm sesetengah perkara. blh kan? plz...:(

hamba sehambanya. said...

w'salam wrt.
subhanallah. alhamdulillah.

i'Allah, dgn gmbira & sng htinya dik. (:
ade fb x dik?
add akak thru fb bleh?
atau ym? myrah_2005@yahoo.com
nnt akak bg phone num.

wan hazimah said...

buat ms ni zmah deactivate fb kak. nak tenangkan hati jap. nk mengasingkan diri dr org ramai. hehe... nnt akak emel kat zmah jelah phone number akak ye. ni emel zmah....
whwi@hotmail.com :)

tq akak!