Pages

Tuesday, February 15, 2011

Tembak.

 1,2,3..!

Ok, masanya untuk tembak apa saja!

15 Februari 2011:

1. Nak didik hati ikhlas, memang perlu masa. Bila banyak kali cuba, dan banyak kali diuji dan teruji, kau akan tahu apa rasa. Result hari tu, memang alhamdulillah tak terduga. Cumanya, bila ditanya soal ikhlas, tentang jiddiyah, tentang telus, aku rasa macam aku tak menjawab sungguh-sungguh. Jawab suka-suka hati. Jadi, gembira pun yang tak sepenuh-penuhnya. Hmmm. Ya Allah, hadirkan ikhlas itu dalam hati. Seronoknya kalau ada jiwa semurni itu! 




2. Alang-alang dah buat satu-satu benda, buat sungguh-sungguh. Alang-alang kena buat satu benda, buat sungguh-sungguh. Alang-alang dah pergi talk atau what so ever, dengarlah sungguh-sungguh. Alang-alang dah melangkah ke kelas, belajar sungguh-sungguh. Kalau tinggal, tinggal sungguh-sungguh. Pendek kata, "buat sungguh-sungguh, atau tinggal mentah-mentah." Boleh ke nak buat motto hidup yang baru macam ni eh? Dah berapa kali tukar daa..



3. Pengorbanan. Cukuplah kepercayaan dan keyakinan pada Allah melangit. Dan, ternyata soal percaya betul-betul ini, masih juga dalam pembinaan.  Ya Allah, kurniakan aku keyakinan yang mantap.

4. Dah mula sensitif tentang hal yang satu ini. Dan ini petanda yang baik. Subhanallah. Mungkin perlu peningkatan lagi, untuk hati teguh. Boleh sebati sebagai akhlak nanti. Moga-moga. Ya Allah, kuatkan hati. 

5. Macam tak percaya saja, diri dah mula alergi dengan "ais" sejak Kak Nina bagi ceramah pasal bahayanya makan ais. Alhamdulillah. Baguslah. Untuk kesihatan diri sendiri jugak. InsyaAllah, cuba istiqamah tak minum ais. Heh. 

6. Cuba jadi fleksibel. Niatkan apa saja lillah, moga segala yang dibuat Allah terima. Bila sibuk itu, tandanya Allah nak kita maksimumkan masa hanya untuk Dia. Dia taknak kita buang masa, dan Dia nak kita belajar urus masa. Dia juga nak kita dapat bagi jawapan terbaik kat akhirat kelak. Tapi, kenalah khatam bab niat dulu. That's. Yalah, kalau free sangat pun, payah juga. Orang yang macam aku, serius akan tertipu dengan nikmat masa lapang. Jadinya, lebih baik sibuk. Tahu sikit urus masa. Allahhu Allah.

7. ...

Nanti-nanti pulak. 
Kejar masa.
:)

Wallahhua'lam.






untuk catatan diri semata-mata.
life is a learning process.
sayang kalau tak rekod proses tuh.

 

2 comments:

Mira Shaharom said...

Lillah; ada seorg kawan sy yg slalu mengingatkan tentang ni.. :) syukurlah skrg dekat dgn org2 yg selalu igt mengigtkan.

ok, tetiba rasa nak sibukkan diri :)

hamba sehambanya. said...

alhamdulillah.
itu tandanya rhmt Allah utk mira. (:

hehe. sibuk itu nikmat.