Pages

Monday, February 14, 2011

Cintaku Rinduku.

 

Tuhanku, cinta ini benar-benar mengujiku,
Luar dan dalam.
Sakit sekali menyembuhkan rasa,
Dulu tak biasa, sekarang terbiasa.

Tuhanku, cinta ini benar-benar mengujiku,
Fizikal dan rohaniku.
Mataku, akalku,
Hatiku.

Aku hilang diri,
Dalam diriku sendiri.
Aku hilang jiwa,
Dalam jiwaku sendiri.

Aku yang harusNya milikMu,
Jiwaku yang harusnya milikMu,
Diam-diam,
Menghilangnya dalam ramai,
Dan, pencariannya perlu masa
Penyembuhannya perlu detik-detik
panjang dan lama..

Oh Tuhan,
Hari-hariku gelisah,
Bicaraku mendesah,
Rayuku payah,
Berat sungguh, ya Allah..
Sungguh-sungguh..

Andai dikata penyembuhan ini
perlu mujahadah,
Kian aku gigih, melepas rasa dalam sujud,
Dalam tangis, pohon Kau cantaskan rasa,
Malah makin bercabang,
Dan aku kian goyah.

Andai dibicarakan,
Pelepasan ini perlu kekuatan iman,
Kian aku cuba longgarkan segenap jiwa,
Merobohkan tugu-tugu yang terbina,
Menggugahkan segalanya,

Hingga sampai, pohon aku
agar hati kecewa,
Kecewakanlah hati pada dunia,
Sakitilah hati biar aku lupa,
Bebaskanlah, biar deritaku lepas,
Namun, tetap jua hampa..
Hampa sehampanya.

Oh Tuhan,
Cinta ini benar-benar mengujiku,
Meragut hatiku,
Merampas tenangku,
Mencantas imanku,
Menggugah akhlakku..

Oh Tuhan,
Dan aku mula merindu,
Rindu-serindunya.

Aku rindu pada kejernihan hati,
Menghadirkan tenang pada wajah,
Dan sukma aku yang bisu..

Oh Tuhan,
Aku rindu pada kesucian hati,
Membalut ibadahku dengan khusyuk,
Walau tidak bertandang selalu.

Temukan aku dengan kerinduanku,
Kerinduan hakiki,
CintaMu yang satu.

Allahhu Allah..
;'(

4 comments:

NURUL HAFIZAH said...

salam. akaq! haha,,saya x taw nak kate ape...tapi saya mmg suke gile bace akak punya post! serius! bila sya baca an, kadang2 macam saya rse mcm cite hidup kita ni sama jee...huhu, lagi satu,bila saya baca, kdg2 dapat membangkitkan lagi semngat saye, thnx kak! pesanan: jngan deadactive akaun blogger ni ok! teruskan menulis...
senang saye nak copy nnty~ muahaha~(^^,)

cleo said...

umy.....hmm....siyes, timing post ni mmg kena ngan stuasi org.....thnx my....tenang cket dh ni.. =)

haysaku (",) said...

:)

salam maulidur rasul :D

nadia rusli said...

umy mohon izin share ye :)
tulisan umy ni betul2 terkena pada fatin :')