Pages

Thursday, January 27, 2011

PAHALA SATU RINDU.




Aliran tenang pancuran depan rumah terasa begitu menyamankan. Bila duduk-duduk melihat tanaman, rasa hati lapang. Sunyi semacam hilang. Bonsai depan rumah seperti berkata-kata. Keladi tak putus-putus menadah cuping lebarnya, mendengar. Merahnya bibir ati-ati bagai memujuk. Duri kaktus pun seakan terapi yang menajamkan rasa cinta.

Aduhai!

"Abang..bila duduk berdua ni, teringat pula kat anak-anak.." Ummi meluah rasa.

Rindu tak tertahan mengenang anak-anak di luar kota. Entah apa khabar agaknya. Mahu dihubungi, talian tak bersambung dari tadi. Kakak mungkin sibuk bermesyuarat. Adik mungkin dengan program "KELANA" nya. Ammar memang wajarlah tengah main ragbi sekarang. Insyirah, mesti ke hulu ke hilir dengan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Iman masih lagi kalut mengurus waktu. Sibuk, mungkin.

Sifat memahami itu wajar, maka meski hati sedikit terguris, demi Allah, ini juga perjuangan. Pengorbanan.

Walid sekadar menjeling dari jauh. Kerusi rotan terus membuai-buai, menenggelamkan seorang lelaki dalam pembacaannya.

"Hisy..macam cakap dengan tunggul saja." bisik Ummi lirih.

Walid senyum lagi. Mulut cawan menyentuh bibir. Aliran air hitam pekat, berkaffein perlahan-lahan menuruni rengkung. Enak.

"Alah..tak lama dah pun. Minggu ni kan semua balik." Walid membetulkan kaca mata yang sedikit longgar. Lalu, meneruskan pembacaannya. Sepoi-sepoi udara meliukkan kepingan kertas yang dipegang, menghasilkan bunyi geseran nipis dan halus.

"Fikir-fikir kan bang.. memang betullah kan, anak tu amanah Allah.."

"Hahh..dia masuk dah..dia masuk dah.." bisik Walid dalam hati. Senyum lagi melihat gelagat isteri. Raut tangan yang kian timbul uratnya terus asyik memegang skateur. Ralit mencantas daun-daun kering yang rosak. Betullah John Gray cakap, perempuan memang multitasker. Tangan bekerja, mulut masih boleh berkata-kata.

"Macam pokok-pokok nie, kita jaga, kita belai. Bila-bila masa Allah nak ambil, mati juga." Peluh yang merenik di dahi dikesat. Sarung tangan yang longgar dibetulkan semula. Kerja-kerja mencantas diteruskan.

"Macam anak-anak kita, dari kecil kita jaga. Sampailah ke besar, hantar ke sekolah. Duduk jauh dari kita. Nanti entah sampai masa, akan berkeluarga. Duduk asing dan jauh lagi dengan kita. Sampai masanya, Allah akan ambil pula.." Sisa-sisa tanah yang hinggap pada bibir pasu, dibersihkan. Pandangan beralih pula pada orkid-orkid yang bergantungan di atas.

"Tugas kita tidak lebih dari sekadar seorang penjaga. Anak-anak milik Allah sepenuhnya. Tugas kita hanyalah menjaga baik-baik. Sempurnakan didikan sesuai dengan fitrah. Sampai masanya, Allah akan ambil balik, dan pekerjaan kita tu dinilai. Kalau kita tahu jaga pokok dengan baik, maka cantiklah pokok-pokok kita. Hidup subur.." Ummi tenggelam dalam perasaan. Birai mata berputik setitis air jernih. Pantas dikesat.

"Kalau kita jaga anak kita baik-baik, hidup suburlah dengan akhlak yang baik juga. Sampai masa, Dia akan tentukan, sama ada kita tukang kebun yang berjaya ataupun tidak.." Sensitifnya tertahan. Hidung dirasakan berair.

"Kan bang?"

Walid bingkas bangun. Surat khabar diletak di meja kecil berdekatan. Kerusi rotan menghinjut laju seketika.

"Pokok-pokok Nah semuanya cantik-cantik. Subur. Cukup air. Cukup zat, mineral, baja, semuanya. Nah tukang kebun yang baik. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa moga Dia terima usaha kita." Walid mengusap-usap bahu Ummi. Cuba menenangkan satu jiwa, satu hati.

Dan..kata-kata itu begitu menusup, masuk lembut ke hati. Lebih tajam dari kasihnya duri kaktus. Lebih menyala dari merahnya cinta ati-ati. Lebih menenangkan dari kata-kata bonsai. Lebih dari sekadar pujukan, tetapi sebuah nasihat penuh makna.

"Anak amanah Allah. Milik Allah. Bila ada rasa semuanya milik kita, kita takkan sampai hati untuk melepaskannya. Ya Allah, bebaskan rasa pemilikan ini dari hati isteriku.." Walid berbisik sederhana kuat.

"Anak-anak kita berjuang, dan kita juga perlu berjuang." Lagi sekali bisikan itu menyapa hati. 

Ummi beristighfar dan mengalir juga akhirnya. Titis air yang bersalut rindu.

Sinar cemerlang matahari mulai tenggelam. Bertukar warna ke jingga kemerahan. Berlabuhlah malam, dengan tirai satu rindu. Mencintai seseorang kerana Allah, rindunya ada pahala.

Moga-moga.

Amin.


+++++++++

Ya Allah, jadikan

umairah shafei
ukasyah shafei
'ammar shafei
insyirah shafei
iman shafei

anak yang soleh dan solehah.

bekal buat ummi dan walid,
di syurga nanti.

itulah sebaik-baik imbalan
buat jasa yang tiada terbalas.

Allahhu Allah.

+++++++



ps: cerita nie bukan betul pun. cuma rasa nak guna watak ummi dengan walid. ummi walid, permata hati selamanya. T_T







sebenarnya kan..
akak yang rindu rumah.
huhu.



4 comments:

haysaku (",) said...

salam.

dids, well done!
u r such a good writer. :D

*menangis*

n adek pon RINDU umah. huu :(

hamba Allah. said...

w'salam dik.
and..
u r such a gud reader.
(:

sabar yaa. yaa? yaa?
kita kan tengah berjuang?
doa Allah kuatkan hati selalu.

take care dik.

Insyirah Mahadzir said...

haha.comel critanya.romantik la kakkk!

nadia rusli said...

terbaik!best la umy :)...fatin pn nak jadi anak solehah dan berjaya..jadi permata ayah dan ibu :)