Pages

Monday, January 17, 2011

Hidayah.


Memang aku sangkakan,
Aku kehilangan matahari.
Yang sinarannya menyentuh.
Memukau pandangan dengan silauan yang cukup-cukup bercahaya.
Memberikan kesegaran baru dalam setiap nafas.

Malam jadi tangisan hebat.
Lebih lebat dari renyai-renyai hujan
Yang masih juga belum surut.


Dan, kini.
Aku mengerti.

Bahawa warna pelangi, ternyata lebih berseri-seri.
Lebih aku kagumi.
Lebih aku cintai.
Lebih aku hargai.


Subhanallah.



++++++++


Duhai adik yang Akak sayang kerana Allah..


Selagi mana hati kita ada dua cinta yang sama rata; satu untuk manusia, dan satu untuk Allah, tak akan menjadi. Satu batil, dan satu hak, juga tak menjadi. Perubahan diri ke arah yang lebih baik memerlukan pengorbanan. Pengorbanan perasaan dan mujahadah hawa nafsu. Untaian kalam baginda sendiri menegaskan bahawa jihad yang paling utama adalah jihad melawan diri, dan jihad melawan hawa nafsu.

Meski minggu-minggu yang dilalui adalah minggu pembersihan hati, namun selama bergelumang dengan titik hitam, kemudian dijernihkan, kemudian hitam lagi, kemudian jernih lagi, tiada apa yang akan berubah. Kita masih juga akan ditakuk yang sama.

Allah menyayangi kita. Sangat-sangat. Maka dikecewakan hati kita dengan hal lain yang bukan menjadi milik kita. Tindakannya Maha Agung, Maha Luar Biasa. Tapi, percayalah. Akan disambungNya hati yang pecah berkeping-keping itu, dengan cinta yang lebih indah. Air mata yang mengalir saat ini, akan berganti dengan air mata pengenangan dosa, penyebab padamnya api neraka di hari akhirat kelak.

Sesungguhnya tiada yang lebih indah dariNya.


Percayalah.


Sambutlah tanganku, dan ayuhlah kita mengembara bersama.
Melewati daerah cinta, mengislahkan jiwa dan diri.
Mengunjungi taman-taman syurga.
Menuju cinta Ilahi, cinta abadi.


Ya Allah, perteguhkanlah hati-hati kami.

Janganlah dipalingkan lagi hati kami, setelah Engkau memberikan petunjuk dan hidayah.


Amin ya Rabb.
Amin ya Rabb.
Amin ya Rabb.









kuatkanlah ya Allah.
kuatkanlah kami.
amin.

3 comments:

Puteri said...

Indeed. Yang pahit ditelan mungkin ubat yang paling mujarab.. doakan!

*mujahadah tu perit, tapi hasilnya sweet ^^ kan?

hamba Allah. said...

yerp.
no doubt.

insyaAllah.
(:

Anonymous said...

tulisan ni terasa macam akak cakap kepada saya..=)
(aishah)