Pages

Monday, January 3, 2011

Emosi.

"jadilah perempuan teguh itu."

Entah belajar topik apa, saya tak seberapa ingat. Cuma, Ustaz ada sentuh sikit pasal syair-syair zaman jahiliyah. Perasaan penyair-penyair zaman jahiliyah, kata ustaz, mahsyuk betul. Tenggelam dalam emosi secara habis-habisan.

Sebab itulah, syair mereka nilainya tinggi. Bahasanya mendalam. Gambaran kesusahan hidup yang berpindah-randah, kesusahan dan penderitaan mencintai seorang wanita, kebanggan memiliki keturunan yang baik, dan sebagainya, semuanya diceritakan dengan unsur yang melampau-lampau.

Fuuh.

Bab perasaan memang cukup memancing minat, dan terus hilang mengantuk.
Saya tiba-tiba angkat tangan. Dan, terlantun pula satu soalan spontan.

"Ustaz, iza wahid 'indahu 'awathif kasirah, hal haza jayyid?"
"Ustaz adakah baik bagi seseorang untuk punya perasaan yang banyak?"

Maksudnya di sini, lebih kurang emosional lah.
Padahal, tanya berkenaan diri sendiri tuh. Hehe.

Macam selalu. Ustaz akan meraih apa saja soalan. Bersungguh-sungguh pula menjawabnya. Subhanallah.

"La'. Haza laisa jayyid." Kata Ustaz.
Tak bagus.

Tapi, Ustaz kata lagi, sesungguhnya perasaan dalam ISLAM itu indah. Sangat indah. Itu fitrah. Hidup tanpa perasaan, kering-kontang. Dunia tiada warna. Sepi. Cumanya, kita kena kawal perasaan, biar seimbang. Bersederhana macam yang Rasulullah s.a.w. pesan.

Best betul dapat tazkirah free.

+++++++

Saya rasa masih lemah lagi dalam bab mengawal emosi dan perasaan. Pentarbiyahan tak cukup kuat menyerap ke dalam mungkin. Atau saya saja yang lambat betul naik ke tahap seterusnya.

Kalau positifnya, ya. Memang ada. Saya senang menyayangi. Nampak anak kucing saja, rasa nak belai walaupun tak biasa. Kalau tengok makcik-makcik di UIA kutip sampah atau cuci tandas, cepat betul rasa kasihan dan kalau boleh nak tolong sekali. Kalau tengok budak-budak kecil, rasa nak peluk cium walaupun busuk dan comot. Kalau tengok pakcik tua tepi jalan minta sedekah, saya tak sampai hati. Kalau baca syair-syair Arab, walaupun saya tak faham sangat, hati mudah sangat tersentuh. Termasuk kalau dengar tazkirah pasal hati. Pendek kata, air mata mudah jatuh. Tambahlah kalau orang tiba-tiba marah sebab kesilapan kita, lagilah pulak. Saya pasti memilih untuk diam, sebab kalau mula bercakap nanti, tak pasal-pasal termenangis depan orang pulak.

Hailaa. Tak ke haru? Buat malu saja.
Serius.

Hmmmh.

Apapun, pentarbiyahan mengajar untuk menukar segala yang negatif jadi positif. Meski dalam urusan emosi dan perasaan. Bukan tak boleh sensitif, cuma ada tempat dan masanya. Perasaan yang sebegitu bagus dan mudah menarik objek dakwah. Sebab kita mudah menyayangi dan mencintai seseorang. Kasih sayang kan pengikat hubungan?

Tapi, pada masa yang sama orang-orang yang jenis sensitif ini perlu lebih kuat dan teguh. Tak mudah terasa hati dengan tengkingan, marah-marah orang, jelingan yang menusuk, kata-kata pedas, dan macam-macam lagi. Jalan dakwah dan tarbiyah ada ke yang sentiasa best? Pasti berliku penuh onak duri. Banyak yang akan menentang, dan terlalu menuntut kesabaran sang hati. Spiritual harus tinggi. Emosi perlu mapan dan mantap.

Banyak halangan. Banyak cabaran. Itu pasti.

Dan..betul sangat-sangat.

"Orang yang matang hakikatnya ialah orang yang mampu menangani emosinya dengan cermat dan teliti. Saat orang lain beremosi, dia boleh tenang dan tak mudah kalah dengan situasi."

Ahhh.

Jadi, rasanya tahun baru ini kena lebih bergaul dengan orang ramai. Didik dan latih diri supaya mampu jadi orang yang "matang" itu.

"Seorang mukmin yang bergaul dengan banyak orang dan sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan, itu lebih baik daripada orang yang tidak pernah bergaul dengan orang banyak dan tidak sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan."
(HR. Ahmad)

Ya Allah, bantulah hambaMu ini!
Amin.









agak-agak, kena dapat suami yang garang sikit kot.
baru kuat sikit.
heh. alasan!
:D

shuhh.. off topic.

iman yang mendalam,
akan melonjakkan amal-amal keberanian,
dan menjadikan seseorang
kuat dan lebih kuat.

haa. itu baru betul.
hehe.
:)


3 comments:

nadia rusli said...

like!!!!!!!!!!!^_^
rindu umy.

hamba Allah. said...

tq fatin chomey. :)
hehe.

rindu fatin jugakkkk.
take care.
hope. trust. n confident!
itulah seorang fatin nadia rusli.
chaiyok~
:D

RJuliza said...

Suka..Sy pun selalu emoSi & kaya dgn perasaan..Lumrah perempuan kOt..hurmm..Thanks for this info.