Pages

Saturday, December 4, 2010

Terbaik.




Memang betul kan?


Pertanyaan orang lain boleh buat kita berfikir dan termenung sendiri. Kadang-kadang, soalan orang lain boleh mengajar diri. Walaupun, kadangkala soalan itu bukan bertujuan "ingin tahu", mungkin juga lebih kepada mengajar. 

Herm.

Kalau bab ini, saya lemah juga. Pengalaman tiada. Tapi, bila ditanya sesungguhnya saya tiada masalah. Cuma, rasa bersalah. Bersalah sebab tidak dapat memberikan jawapan spesifik. Rasa macam tidak membantu apa-apa.

Drama yang ditonton petang itu, semacam tidak terkena pada hati. Apatah lagi, apabila majalah Solusi yang dipegang pun, macam tidak terkesan apa-apa. Fikiran entah melayang ke mana. Soalan dia masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini. 

"Ya. Kita kena berdoa. Tapi, macam mana nak tau yang kita dah berusaha? Sampai bila mahu tahan rasa? Takut tak kesampaian, dan bila tak terluah, kita mungkin akan merana. Kecewa sendiri."

Betul juga. 

Saya terfikir juga. Sampai bila?

Ermm.

Dan, satu hari, satu detik, satu ketika, hati berkata:

Usaha bukan yang zahir semata-mata. Yang jelas nampak. Allah tahu kita berusaha atau tidak. Salah satu bentuk usaha, boleh jadi dari sudut penjagaan hati. Bukan mudah jaga hati. Bukan senang kawal nafsu. Saat orang lain bebas meluahkan rasa yang belum seharusnya sampai masa dan ketikanya, kita sedang sungguh jaga hati, dan jaga perasaan daripada terbabas entah ke mana hala. 

Tidak pentingkan diri semata-mata. Sekalipun hati kita mungkin terjaga, hati orang lain yakni pihak kedua itu, belum tentu lagi. Banyak hati sebenarnya yang harus dijaga. Huu. Bukankah usaha yang sebegini lebih berat? Cumanya, kita tak nampak yang kita sedang berusaha gigih. Harmm.

Banyakkan berdoa. Teguhkan yakin, sampai betul-betul yakin. Dia kan ada? Kalau banyak berdoa, dengan sepenuh-penuh harap, Allah dengar. Dia pasti berikan yang terbaik. Doa adalah sebahagian dari takdir. Andailah takdir itu bukan seperti yang kita mahukan, jangan dikatakan doa kita tak dimakbulkan. 

Doa kita hakikatnya mungkin telah termakbul, cuma tak seperti yang kita harapkan. Dia telah makbulkan doa "ya Allah, berikan yang terbaik buatku," dan yang terbaik itu Dia tahu, bukanlah yang kita impi dan harapkan. Dia berikan yang lain, dan yang lain itulah yang paling baik dan terbaik untuk hidup.

Fuuhh.
Berbelit-belit.

Allah Maha Tahu.
Hanya yakin dan percaya.
(:

Terima kasih orang yang bertanya.
Saya sesungguhnya belajar.


6 comments:

nadia rusli said...

[Usaha bukan yang zahir semata-mata. Yang jelas nampak. Allah tahu kita berusaha atau tidak. Salah satu bentuk usaha, boleh jadi dari sudut penjagaan hati. Bukan mudah jaga hati. Bukan senang kawal nafsu. Saat orang lain bebas meluahkan rasa yang belum seharusnya sampai masa dan ketikanya, kita sedang sungguh jaga hati, dan jaga perasaan daripada terbabas entah ke mana hala. ]

terima kasih umy.=)
fatin taw post ini untuk....yang 'bertanya'^_^
umy,jangan pernah rasa bersalah ya..umy dah banyak sgt bantu fatin..salah satu kekuatan fatin dapat dr umy...:)

hamba Allah. said...

fatin, know wut.
salah satu sebab umy masih bertahan dan mahu terus menulis saat hati sungguh2 jatuh & rebah,
adalah
sebab umy tahu dan sentiasa tahu,
umy ada fatin nadia rusli.
sungguh2..

sebab tu, ada post "terima kasih" yg umy pnah buat utk fatin dulu.

:)

hubungan yg dibina kerana iman pd Allah, ssunguhnya tak pernah mengecewakan.

thanks, my dearest fatin.
;)

nadia rusli said...

afwan umy..:)
umy...apa perlu ftn buat?
tetap terus dengan pendirian ftn selama ni?tanpa terlalu fikirkan sgt apa kata org lain?atau....mcmmana ye?

hamba Allah. said...

fatin,
esok (5hb) kalu pagi2 fatin free tak ye?
dalam pukul 7pg?
kita on9 waktu tu, nak tak?

maaf, umy tak mesej fatin.
sebab umy on9 tak tentu masa.
kadang, pc terpasang, atau curi2 waktu adik tengah main.
umy tak bleh nak fix betul2.

kalu esok pagi, bleh?
waktu tu, i'Allah, umy takda apa nak buat sgt.
fatin free tak ye?

nadia rusli said...

umy..ftn x perasan comment umy.smlm on9 ptg..pagi mengecat rumah..^_^..huhu..xpe lah mcm ni,bila2 umy free bgtaw je.msg no celcom ftn.ftn dh dpt blik sim kad...

Anonymous said...

salam knal =)

mohon izin nk share kt fb ye n_n.
jazakillah!