Pages

Monday, December 6, 2010

Senyum.


Suara riuh rendah di luar masih kedengaran. Sekali sekala begini, rasa seronok juga. Kadang-kadang terfikir juga, apakah anak saya nanti, bakal dididik sebegini rupa.

Bukan apa, cuma terfikir juga. Apakah wajar kalau dididik dalam suasana yang "terlalu riang gembira", berseronok dengan usia yang masih renek? Saya pun tak pasti. Kena kaji lagi Rasulullah didik budak-budak kecil. Membesar dalam usia yang masih kecil, tetap berseronok dengan kawan-kawan, tapi ada fikiran semacam anak Asma’ dan Zubair r.a.

Bukan mudah. Tapi, masih juga bukan mustahil. Hanya angan-angan kecil. Cita-cita.

Huhh.

Tengok orang gembira, kita akan rasa gembira. Patutlah, orang selalu kata kegembiraan itu akan jadi realiti kalau dikongsi. Macam sekarang. Macam budak-budak itu. Macam mereka yang sedang bermandi-manda ala-ala berpantai pulak.

Senyuman, gelak-tawa, hingar-bingar, riuh-rendah, walapun basah sekeliling rumah, rasa seronok. Bahagia. Haha.

Saya yang tengok, s­ambil mengemas rumah pun, boleh senyum-senyum lagi. Menikmati sebuah rasa. Rasa sayang nak buang rasa sebegini. Bukan senang nak dapat.

Sampai terhenti kerja sekejap, semata-mata nak tulis dulu. Heh.

Untuk memiliki sesuatu, memang kita kena korbankan sesuatu. Lumrah hidup nyatanya memang sebegitu.

Untuk gembira, mungkin kita perlu bersedih dulu. Macam hakikat alam, nak dapatkan pelangi, nyatanya hujan perlu turun dulu.

:)

“..Apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Dalam hal ini, pesan bijak pandai, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang..” (Pahrol Mohd. Juoi, Solusi Isu 25, hlmn. 48)
­­­

Macam sekarang juga. Nak dapatkan keriuhan saat ini, nak curi senyuman budak-budak tu, RM50 jugaklah terbang melayang, semata-mata nak beli kolam tu. Tapi, tak apa.

Berbaloi dan..

Puas!

Kan Umie?

Hari terakhir di rumah.

Huhuhu.

3 comments:

haysaku (",) said...

:)
awak suruh senyum.
saya senyum la. hehe

hamba Allah. said...

:)
senyumla.
saya suka.
sangat-sangat suka.
alhamdulillah.

Wan Hafisah Collection's said...

Rasa sungguh terharu, bait2 tulisan kakak sungguh2 buat saya terkenang akan ikatan utuh sesebuah keluarga, bgmana ibu sggup membelanjakan dan menghabiskan semua harta dan berbaloi demi membeli senyuman seorg anak.