Pages

Sunday, December 19, 2010

Ikhlas.




Saya nak..

Hati yang bersih. Ikhlas. Saya nak sangat-sangat. Sebab, saya rasa tenang kalau hati ikhlas. Jujur. Lapang. Rasa bahagia sepanjang masa.

Kalau kita ada ilmu, kita nak kongsi. Kalau kita berubah jadi lebih baik, kita nak orang jadi lebih baik dari kita. Kita tarik dia ke arah kebaikan, bukan sebab nak tambahkan bilangan ahli, atau nak meramaikan, tapi sebab kita nak bersaudara dengan dia. Nak sama-sama jadi baik, dan ke Syurga dengan dia. Nak tautkan hati kita dengan hati dia. Nak sayang dia kerana Allah. Nak baiki diri sama-sama, dan berjaya sama-sama. Bukan kejar kenikmatan dunia semata-mata, tapi bersungguh-sungguh cari kerehatan di akhirat.

Saya tak nak pandang kelemahan dia. Saya nak pandang potensi yang dia ada. Sekalipun kelemahan dan cacat cela itu ada, saya tak nak itu jadi peresah hati. Tak. Saya nak sangat-sangat hati lapang yang akan selalu rasa nak membantu orang mengurangkan kelemahan dia, dengan apa yang terdaya. Dengan apa yang saya mampu.

Sekalipun hanya jadi pendengar bisu, saya nak sangat.

Ya Allah, best kalau ada hati super duper ikhlas macam ni.

Kalau bab belajar, saya nak hati yang jujur. Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Walaupun perkara simple. Biar belajar dari salah silap. Saya nak sangat-sangat, mampu meluahkan bila saya rasa tak selamat, rasa tak senang, rasa tak hebat, rasa lemah dan sebagainya. Biar orang tahu kelemahan saya, dan mereka mampu tolong saya untuk baiki perlahan-lahan. Indahnya kalau ada hati ikhlas dan jujur macam ni.

Hermmm.

Saya nak hati ikhlas. Biar macam mana pun sahabat saya, saya nak raih dia seadanya. Saya nak sayang dia, cinta dia, kasih dia sepenuh hati kerana Allah. Kelemahan dia, kelebihan dia, kekurangan dia, segalanya dia. Sebab saya tak mahu bersahabat kerana siapa dia, atau macam mana dia, tapi atas sebab Allah amanahkan dalam hati saya, kasih dan sayang yang perlu diberi haknya pada mereka yang selayaknya.

Ya Allah.

Herm.

Kalau orang di sekeliling lebih hebat, saya nak ada rasa bangga dan kagum. Ikhlas dari hati. Saya nak tengok kejayaan orang lain. Saya nak berbangga dengan apa yang dia ada, agar saya boleh belajar dari dia. Kesemuanya.

Dan..

Saya sangat-sangat suka dipandang biasa-biasa, tak hebat, tak ada apa-apa, penuh kekurangan, dan banyak kesilapan. Dari situ, hati akan lebih merendah, lapang dan tenang. Dan, memang hanya itu pun yang saya ada.

Herm.

Ya Allah, sukanya dengan perasaan itu.

Saya suka bila saya jadi..

Saya yang very simple. Tak serabut. Tak terlalu skema. Dan, tak terlalu selekeh. Tak terlalu cantik, dan tak terlalu tak cantik. Tapi, pernah ke cantik? Apapun, itu subjektif kan? Cantik pada definisi hidup sendiri. Bila saya yakin diri dan enjoy meredah sesuka hati. "Bebas" ikut kamus saya. Tak melanggar syariat tentunya. InsyaAllah.

Macam blog-putih-hitam-kelabu-asap-tak-berkaler ni. Suka! Heh.

Biasa-biasa, tapi sentiasa berusaha dan belajar jadi luar biasa.

Ikhlas, huh?

Duhai hatiku, merendahlah.
Hamba. Sehambanya.



laaa..kenapa baca?
bebel je nih.
=='

5 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum,

Haha, Kenapa baca ye?

Saya baca setiap coretan Umy yang sangat telus walaupun hanya hitam putih di sini/

=]

Semoga Allah terus beri kita KEKUATAN.

Wan Hafisah Collection's said...

Sangat jujur dan begitu tersembunyi kata2 wpun nampak jelas penyampaiannya, tetapi perlu penghayatan utk memahaminya. Tidak boleh tidak sekali lalu baca.

hamba Allah. said...

to jamilah nordin:

wa iyyaki ya sohibati mahbubah.
syukran sbb slalu hargai apa yg umy ada, dan terima umy sebagai sahabat. sahabat ke syurga, i'Allah.

:)

to wan:
hehe.
ye ke wan?
aduh..kena tembus dulu, baru nampak ye?
:D

terima kasih banyak, wan..
walaupun kita baru kenal, wan dah appreciate saya macam kita dah lama kenal.
hubungan hati, i'Allah.
amin ya Rabb.

sesungguhnya saya banyak belajar dari awak juga.
:)

bila nak datang gombak?
mungkin boleh berbisnes kat sini ke?
hehe.

Wan Hafisah Collection's said...
This comment has been removed by the author.
Wan Hafisah Collection's said...

Umi, sorry. Anak sy delete comment di atas, biasala mengamuk nak tdo, :) abis ditekanny laptop mama. Herm, sy pun byk belajar dr kamu. Alhamdullilah, blog merapatkan hbgn kita. Saya tau kamu boleh berjaya lagi melalui tulisan kakak umi.:)