Pages

Saturday, December 4, 2010

Dewasa.

bebaskan anganmu. lepaskan mimpimu.


Tak pernah sedar, sebenarnya hari demi hari banyak benda yang berubah. Berlaku sekelip mata. Sedar-sedar, kita sedang menuju dewasa. Tak perlu ikut tahun demi tahun, atau berganjaknya usia bila tiba hari lahir. Tidak. Perubahan itu berlaku, tanpa ikut ulangtahun pun.

Matang bukan ikut ulangtahun pun. Tahu fikir, bukan ikut umur pun. Mati apatah lagi.

Fikir punya fikir, kadang-kadang baru terlintas. Dulu lain, sekarang lain. Mentaliti dan pemikiran akan berubah ikut arus. Ikut arus apa? Ilmu, kefahaman, dan pengalaman. Cumanya, cara orang menginterpretasikan ketiga-tiga aspek ini berbeza. Kalau ilmu, kefahaman dan pengalaman yang dia dapat adalah dari sumber yang salah, maka mentalitinya juga akan salah.

Sebab itulah, kalau direnung-renung balik, sejauh manapun kita cuba ikut kata dan tindak-tanduk manusia, sekalipun mereka golongan majoriti, kita masih juga salah andai bukan di landasan yang sebenar. Bukan di jalan Allah. Bukan dari sunnah Rasulullah.

Tapi, realiti. Manusia memang suka ikut majoriti pun. Kalau bertentangan dengan norma masyarakat, memang sah bakal dibuang, ataupun dibenci. Banyak hati yang akan terluka, terhiris. Hubungan juga bakal retak.

Itu ujian sebenarnya.

Ya, saya tahu. Adakalanya saya cuba meludah ke langit. Ludah yang tidak setinggi mana, akhirnya mungkin jatuh ke muka sendiri. Kata orang, cakap tak serupa bikin.

Hmm.
Tapi, semua orang buat silap, bukan?

Oh, tidak!
Ini bukan pembelaan buat diri. Jauh sekali.

Mungkin inilah namanya proses. Proses memegang prinsip sendiri. 'Izzah dengan apa yang dipegang.

Ya.

Semua orang mampu berkata-kata. Tapi, tak kesemuanya mampu diamalkan. Mungkin jua semua mampu beramal, tapi tak kesemuanya ikhlas dengan apa yang diamalkan.

Inilah proses. Mudah-mudahan, niat hati mampu diterjemahkan ke tahap amal. Dari amal, belajar pula untuk ikhlas.

Proses ubah diri. Sangat bukan mudah, tapi tentunya bukan mustahil.

Awak yang mahu berubah,
hijrah= optimis. berani ubah diri, ubah mentaliti, dan 'izzah dengan prinsipmu.

Mir, terima kasih untuk ini:
 
"..being a muslimah is not to be soft and mellowly, but to be confident and poised. you have nothing to be afraid of because you’ve got everything a person needs; Allah and yourself.."

Terakhir kali sebelum noktah,
Selamat menuju DEWASA.


*'izzah: bangga yang bukan megah.




bebel siang hari.
ohhh..ikan tak goreng lagi!



No comments: