Pages

Tuesday, November 23, 2010

Pecahkan tembok.

Seronoknya boleh membebel sepuas hati.
Riuh dalam senyap? Hehe.
Memang sesuai sungguh.
Rasa macam kembali ke zaman dulu kala. 

Waktu mula-mula berjinak-jinak dengan dunia blog.
Waktu blog macam diari, teman sepenuh masa.
Waktu blog jadi tempat menconteng segalanya. 

Dari A sampai Z. Dari zero sampai infiniti.

Ada orang cakap, membuka pekung di dada itu sebenarnya untuk orang-orang yang pelik. Tak elok kalau buka aib sendiri. Tapi, semalam 'Ammar cakap, 

"Takdak masalah la Kak. Daripada kita bukak aib orang, lebih baik kita cerita pasal diri sendiri. Tak payahlah cakap yang pelik-pelik. Cakaplah yang baik-baik."

Rasa macam 'Ammar pulak yang berganda kematangan. Heh.

Sebenarnya, kalau meluahkan ikut rasa hati, dengan nada dan rentak hati, bukankah itu lebih inspiring? Berbanding kita sungguh-sungguh cuba jadi skema, kadang-kadang ada dinding yang semacam menghalang. Macam ada batu-bata yang cuba menyekat. Akhirnya, segala rasa tak terluah. Mungkin juga maksud bakal tak tersampai. Kita tak jadi diri sendiri. Sakit rasanya. Pahit. 

Sebenarnya, ada ketidakpuasan hati di situ. Kebebasan bersuara tiada, sebab kita sendiri yang meletakkan segala sekatan. Kita? Herm. 

Tapi awak, kalau tulis ikut rasa hati, awak kena anggap hati awak macam teko. Kalau hati awak macam air kopi yang hitam pekat, maka yang tertuang juga warnanya hitam pekat. Kalau hati awak terisi air yang bening, suci dan bersih, maka yang tercurah pasti secantik dan sebersih itu juga. 

Kata-kata Sheikh Ibn Athoillah ini, memang sebati sudah dalam diri. Praktikalnya saja belum mencapai tahap optimal. Semaksimum mungkin!

Allahhu Allah.
Salam buat hati.


______
yeyy. iman dapat interview I-KUP.
11.28 a.m.
homey.


1 comment:

Jamilah said...

Salam, Umairah..

Oh, sudah ada rumah baru rupanya akak kite ni.. memang saya rindu nak baca tulisan umy.. Tersenyum panjang baca coretan-coretan umy..

Hm.. saya lagi suka coretan begini.. hihi...

=)

okey, singgah lepas rindu.. ngan tulisan umy.. juga tuannya. =]