Pages

Wednesday, November 24, 2010

Drama.

Aku: Dia dah banyak berubah. Terlalu. Rasa makin lama, makin jauh. Sangat-sangat sedih.

Dia: Awak pasti dia dah berubah?

Aku: *angguk*

Dia: Saya tak fikir apa yang awak fikir. Saya juga tak rasa apa yang awak rasa.

Aku: *kaku terpempan* Kenapa awak cakap macam tu?

Dia: Awak yakin awak kenal dia? Sungguh-sungguh?

Aku: *serius. angguk.* Hmmm, rasanya ya.

Dia: Kadang-kadang, kita rasa kita dah lama kenal seseorang. Hakikatnya, mungkin juga sangat sedikit. Ataupun, tak pernah kenal langsung. 

Aku: Maksudnya?

Dia: Jauh tak semestinya jauh. Dekat tak semestinya dekat. Dia yang awak rasa berubah sekarang, mungkin sememangnya itu adalah dia. Jangan lekas menduga bahawa dia sudah "jauh", sedangkan awak sememangnya tak pernah sedikitpun "dekat" dengan dia. 

Aku: *kerut dahi*

Dia: *tarik nafas* Hakikatnya, dia yang sekarang, memang diri dia dari dulu. Cuma, awak saja yang tak pernah kenal. Jelas, dia tak pernah berubah. Awak saja yang merasakan begitu.

Aku: *angguk* Erm, mungkin juga.


______
memoir 2008.

3 comments:

maiTuty said...

nak tutorial background picture ek..
naty sy cari dlu, then sy buat ek..
naty dh siap sy bg link..

Anonymous said...

dia mungkin tak fikir apa yang awak fikir. dia mungkin juga tak rasa apa yang awak rasa.

hamba Allah. said...

to maiTuty:
ok, dik.
thanks. :)

to anonymous:
:)
betul.
tp, konklusi tu rsnya, mcm subjektif.
sy mgkn xcapai apa yg awk mksudkan.
apapun, terima kasih.:D