Pages

Sunday, November 28, 2010

Bisikkan pada yang putih.



Hujan. 

Memang tenggelam mahsyuk dengan melodi pachelbel saat ini. Kena sungguh-sungguh dengan nuansa. Macam penulis, karyanya ada sentuhan emosi. Macam pelukis, lukisannya ada sentuhan emosi. Macam lagu, tambah-tambah yang berbentuk instrumental, saya rasa ada sentuhan emosi juga. 

Mula-mula dengar melodi ini dulu, macam ada hembusan semangat. Lagu sedih, tapi macam ada iringan harapan, semangat, dan kekuatan. Lagu iringan emosi, perasaan, minda, pengalaman, kenangan, dan bukan lagu picisan yang semata-mata mengejar wang ringgit dan populariti. 

Entah, saya bukan orang seni pun. Hanya bercakap sebagai seorang pendengar dan pemerhati. 

Cuma, kena pilih juga. Takut telinga menangkap lagu-lagu yang dipasang waktu pengebumian. Haru juga. Perang pemikiran macam-macam bentuk sekarang. Lagu pun boleh jadi salah satu daripadanya. 


Naudzubillah. 


Pegang buku ini, tak kena. Pegang buku itu, tak kena. Bacaan tak berganjak. Fikiran terbang melayang. Isi tak masuk-masuk juga. 

Akhirnya, on laptop. Haa, baru kena. 

Berkali-kali sudah pasang impian nak habiskan membaca. Banyak lagi yang tertangguh. Buku "Hari-hari Dalam Hidupku- Zainab Al-Ghazali", asyik ulang halaman yang sama. Tak pernah habis dari dulu. Rasanya, tak boleh kalau melunjur kaki atas katil, atau duduk-duduk santai atas sofa sambil membaca. Kena disiplin, dengan buat nota sekali. Mungkin juga wajib ada satu buku khas untuk nota semata-mata. 

Baru terhadam kesemua isi yang ada. Kekal dalam memori. 


Eceh. Memang dah lama pun buat, tapi tak kekal. Dua tiga buku juga pernah jadi buku ulasan. Tapi, akhirnya berakhir dengan menjadi buku conteng, buku catatan, diari harian, dan lain-lain. 



Heheh. 


Fake it, to make it. 


InsyaAllah, lama-lama nanti mesti betul-betul menjadi. 
Amin. 

:) 

5 comments:

Jamilah said...

Salam,

"Rasanya, tak boleh kalau melunjur kaki atas katil, atau duduk-duduk santai atas sofa sambil membaca. Kena disiplin, dengan buat nota sekali. Mungkin juga wajib ada satu buku khas untuk nota semata-mata."

Hm..

terima kasih panduan ni.. Tapi duduk lima minit untuk baca dah rasa panas daripada duduk lima jam menghadap skrin yang boleh merosakkan mata itu.

=]

(menyampuk di sini..)

hamba Allah. said...

w'salam wrt.

takpa jugak jamilah, kalau duduk-lima-jam menghadap-skrin-yg-boleh-merosakkan-mata tue, ialah 5 jam yg membaca, dan menambahkan info.

hehe.

jamilah, umy merapu je dalam blog nie tau. merapu definisi jamilah, tetap jugak ada info berbanding merapu definisi umy.. :)

Jamilah said...

oh, umy...

saya lagi suka baca tulisan yang begini.. =] rasa telus... tidak terasa terpaksa untuk menatap satu demi satu huruf yang ada.

hm..

abu bakar naim bin jamil said...

simple,
perkataan canggih..
mantap...boleh tlg saye wat tesis....
dasyat kosa kate awak sekarang.....

hamba Allah. said...

to abu bakar naim:

bila masanya pkataan sy "tak penah canggih" pd awak. :)
dr dulu, komen awk semuanya baik2 je. tak penah negatif langsung.
btw, i take it as support and compliment.

terima kasih.