Pages

Monday, November 29, 2010

Berkat.



Bukan berlatarkan senja, atau dinihari pagi. Bukan bermandikan hujan di tanah lapang yang kering. Bukan. Sekadar merasai deru angin tanpa henti dari udara buatan manusia. Mengisi senggang dengan menancap aksara. Kopi berasap nipis, masih terlalu panas untuk dihirup.

Aku senang tanpa lagu. Biarkan kipas saja yang bergema, biarkan suara hati saja yang berlagu.

Biarkan.

Mata aku sesungguhnya jatuh. Berlama-lamaan di situ.


"Jangan ingat duit judi dan penipuan saja tak berkat. Rasuah, ponteng, curi masa juga boleh mendatangkan pendapatan tak berkat."


Gumam hati mengakui. Bacaan diteruskan lagi.


"Tengoklah kenapa lebuh raya asyik ada kemalangan? Bangunan terbakar? Tanah runtuh?"


Sekali lagi, tanpa sedar kepala mengangguk-angguk. Mulut cawan disua ke mulut. Kopi dihirup perlahan-lahan. Perlahan-lahan juga menuruni ruang kerongkong. Suam-suamnya terasa. Nyaman. Mata masih juga melekat, tanpa beralih.


"Sebab tak berkatlah, maka malapetaka jadi begitu. Orang tak berfikir pun.. terbinanya lebuh raya, berapa banyak lobi-melobi, menipu tender, penyelewengan kontraktor, pemalsuan pembikinan yang berkualiti. Maka, hasilnya lebuh raya itu terbina hasil daripada penyelewengan. Apakah petaka yang berlaku tu tak ada kaitan dengan tak adanya berkat? Begitu juga rumah terbakar, tanah runtuh yang berlaku. Jangan fikir soal berkat tidak ada kaitan dengan material."


Senyum menyinggah. Entah dari mana puncanya. Mungkin saja kagum dengan unsur satira pengarang buku "kawin-kawin" dan buku yang tengah aku belek saat ini. Kopi yang telah mula sejuk dihirup sekali lagi. Cawan mulai separuh kosong, dan separuh berisi. Postur tubuh ditegakkan. Bacaan diteruskan.


"Orang seperti engkau, tak pernah terfikir, kenapa petani yang ada anak lima, berpendapatan tiga ratus sebulan, senang hidup anak-beranak? Kenapa kita bergaji ribuan, isteri juga bekerja, anak hanya dua, masih tak cukup. Bukankah itu terletak nilai berkat dengan tidak?"


Pedas.


"Kalau yang bekerja di situ adalah berkat, maka yang belajar, di mana pula berkat?"


Terbiar, untuk muhasabah.



_______
nota: semua yang italic, petikan dari "Memoir Seorang Guru- Azizi Hj. Abdullah".
lewat petang.
homey.

3 comments:

Jamilah said...

memoir seorang guru...

Bagus cerita tu.

hamba Allah. said...

:)
umy baru baca.
hehe.
jamilah, tengah baca buku apa skang?

Jamilah said...

=]

huhu. layan buku ustaz hasrizal.. Cuti ni tak banyak buku sentuh banyak masa online je kot. Yang diulas dalam blog tu je kot yang dibaca...

hm...